Thursday, July 23, 2009

Kosong..

Malam yang sunyi dan kosong dalam idup aku sekarang ni. Ntah lah. Sakit kpala yang teramat plak. Dengan tetibe tekak rasa sakit. Badan x sedap. Em, hidup aku sangat2 x bermakna je sekarang ni. Betul gak ckp one of my member. Merangkap akk aku gak. Aku ni belajar lg and xkenal dunia luar. Aku sememangnye mencari. Mencari insan untuk aku sayang and cintakan sepenuh hati tp kenapa dia je yang terlintas. Aduhaii. Susah sangat ke aku nak terima orang lain. Aku memang dah x seceria dulu. Hanya senyum sepanjang masa. Aku teringin nak jadi macam watak Zureen dalam novel Gelora Jiwa. Bahagia menjadi macam dia. Ada orang sayang walaupun perkenalan dalam masa yang singkat. Tu x bermakna sayang x timbul kan. Hanya beberapa saat perkenalan dengan helah untuk menyelamatkan diri dari pakcik gatal. Hahaha. Aku cukup tertarik dengan cerita tu. Dan nak sangat idup dalam watak Zureen. Bahagia bersama orang yang kita sayang bukannya tunang sendiri pilihan keluarga atas janji yang telah dibuat beberapa tahun. Macam2. Tapi moral yang aku dapat dr cerita tu, jangan menilai seseorang dari kulit buku, luaran. Kena lah menilai sekali dalamnnya. Maksud aku, hati, perangai. Kita sendiri boleh beza mana yang curang ataupun x. Tapi dalam perkenalan yang hanya beberapa minit tu, membuatkan mereka hingga ke jinjang pelamin walaupun banyak rintangan dan dugaan. Aku rasa macam bahagia je. Aku teringinkan watak Zureen tu. Huhu. Sabtu, Ahad, Isnin ni plak mama kena admit hospital Putrajaya. Macam2 dugaan, macam2 hal. Aku kena jaga mama kat sana. Mama hanya sorang je kan. Takkan anak xleh nak jaga. Btol x?? Em, apa pun aku nak sangat mama cepat sihat. Kalau sapa2 yang nak datang tu, silakan. Apa2 kontek je ira.
**sapa2 yang xde no ira tu, mintak je kat sesape yg ade. Still pakai no lama lagi..=))

~~X Sihat~~

Tuesday, July 21, 2009

Hilang.

Adakah dengan cara menukar no telefon aku boleh lupakan semuanya?? Adakah apa yang berlaku selama ni, kenangan2 manis aku, kebahagiaan yang aku dapat boleh aku lupakan??

Adulahaiii. Aku cukup tertekan sejak aritu. Adakah aku sendiri yg xboleh terima?? Aku sendiri xtau. Makan aku boleh jadi terbantut bila aku terkenangkan. Aku terlalu rindu. Waktu tidur aku dah x betul. Ntah pukul berapa aku boleh lelapkan mata. Kadang2 lepas subuh belum tentu. Seminggu aku hilangkan diri untuk ditenangkan tapi...... Semuanya sebab diri aku sendiri. AKU TERLALU RINDUKAN KAMU!! Sayang aku masih macam dulu. X pernah sedikit pun berubah. Ya Allah bantulah aku. Aku jadi x tentu arah. Jiwa aku kacau. Apsal lah semua ni. Adoyaiii.. Cemburu?? Ntah lah. Minggu depan aku dah masuk belajar balik. Semuanya aku xtau samada keadaan aku stabil kat sana ataupun x. Kekadang aku terpk, kenapa semua ni aku nk libatkan pelajaran? Tapi nak xnak, perasaan kontrol diri aku. Aku macam x terdaya nak lawan semuanya. Aku takut. AKU CINTAKAN KAMU!! AKU SAYANGKAN KAMU!! Tapi apa daya aku. Semuanya mungkin bukan takdir aku. Aku hanya insan yang biasa dan begitu lemah untuk terima semuanya hinggakan aku jadi macam ni. Andai 1 hari, Yang Maha Esa ingin mengambil nyawa ku, aku redha daripada aku menanggung apa yang aku rasa sekarang ni. Adulahaiii.. =((

I'M SORRY!!

Thursday, July 9, 2009

Muhammad Daniel Afiq










Sape budak ni?? Kenapa gambar die banyak sgt kat aku ni?? Hahahaha. Actually xda apa pun. Aku suka ngn budak ni. Baru kejap tadi aku ber webcam ngn dia. Wahahah comeyyy sgt2. Die buat flying kiss kat aku. Adeh2.. Gaya die tu yg menambat ati aku. Wahahahha dak kecik je pun. Lagipun rupa die macam anak buah aku. Aku penah jumpa budak ni pun skali je aritu masa aku kat ipoh. Mana ek aku jumpa budak ni?? Tepi jalan kot. Wahahahha (saje je wat2 xkenal ibu die :P).. Semalam aku dapat gambar terbaru die.. Ni gambar yg panas and original lagi. Ekekeke. Lepas je dapat gambar ni aku dpt webcam ngn die plak. Waaa Daniel. Rindu sama kamu.. Nnt syg hubby ni anta adiah eh.. Tggu tau. Jgn kasi ibu bukak. Kalau ibu bukak nnt, die dengki ngn Daniel.. Penah skali hubby aku ni botak. Wakakkaka klaka gile muke. Adoiii.. Nmpk lg chubby and hilang kecomelan.. Bawah ni gambo die time botak. Ekekeke..

Hubby ku yang botak. Wahahha adehh. Tapi lepas 4 5 bulan, rambut die dh panjang balik macam sekarang. Ada rambut lagi tomeyy dr botak lah hubby oiii. Adoyyyaiii.. Rindu bangat kat die. Pandang die buat aku teringat kat seseorang. Em.. Nnt raya, kita jumpa lah eh Daniel. Hehehe

Wednesday, July 8, 2009

Impian..

Kekadang apa yang kita impikan dalam hidup, memang susah nak jadi kenyataan kan walaupun dah berusaha. Adulahaiii

Bulan & Bintang

bulan bersama bintang menerangi malam
malam yang sungguh sunyi dan malap bagi diri ini
sungguh indah cahayanya yang menerangi bumi
tapi tidak dalam hati ni
bulan hanya indah pada cahaya tp tidak pada rupa
bintang indah semuanya
aku umpama bulan
bulan yang hanya menerangi tapi terlalu sunyi..

***direka pukul 3pagi tadi. Huhuhu. Nak kata sajak ke syair ke puisi ke. Entahlah. Main madah2 je pagi2 bute tu. =))

Tuesday, July 7, 2009

Sakit Gigi. Huhuhu

Aduhhh. Masuk arini je dah 3 4 hari gigi ni sakit. Alhamdulillah tido okey je. Xda apa masalah. Cumenya nak makan je lah. Seksa die hanya Allah je yang tau. Huhu. Kunyah sblh kiri, telan sebelah kanan. Mana x sakit. Nak telan pun sakit. Dugaan yang menimpa2 dalam hidup aku ni~~

Friday, July 3, 2009

Susah..

Adoiii. Aphal lah sejak dua menjak ni. Tensen je memanjang. Ada je menda x kena ngn aku. Pagi td dlm kul 3 aku terjaga. Muntah2. Em, ntah kenapa. Abis smua nya terkeluar balik. Adulahaiii. Pastu dah susah nk tido. Aku kol member aku tapi xdapat. Maybe die dah tido kot. Aku malas lah nak kacau. Aku biarkan. Apa yang aku nk buat kul 3 pagi tu? Nk bukak laptop, aku malas. Dengan badan xlarat, nk tido balik dah x boleh. Ya Allah, kenapa lah aku ni. Macam-macam hal, macam-macam dugaan. Aku tau aku jahat. Aku tau aku memang x cukup sempurna. Em..

Wednesday, July 1, 2009

Blur!!

Baru2 ni aku ada g genting. Pegi dgn member2 opis. Adalah dalam 4orang. Hmm memang happy bg diorang, tp aku?? Em, ntah lah. Happy x happy kot. Serabut lah. Pegi enjoy tp aku x happy. Aku pun xtau ape kena ngn aku ni. Pegi nak ilang kan tensen, nk ilangkan bosan, nak happy kan diri, tp apa aku dapat?? Hanya amik gambar, main2, ati aku?? Jiwa aku?? Semua melayang ntah mana. Apsal lah serabut sangat aku ni. Esok nak kluar lagi. Pegi mandi jeram plak ngn member2 skolah aku. Tp aku macam xda perasaan. Pegi seolah2 nak meramaikan je. Apa lah yang serabut sangat kepala aku ni?? Adoii. Kekadang apa yang aku fikir, x sepatutnya aku fikir waktu ni. Tp ntah lah. Time2 camni plak lah nk terlintas. Kekadang gak aku xtau apa yang nak jadi kat aku ni. Kepala serabut sampaikan 1 apa aku xleh nak buat. Buku report aku?? 1 apa aku x buat lagi. Tinggal lagi sebulan je cuti. Dah lah surat tamat praktikal aku tu lupa nak bagi. Ntah bila aku nak pegi sana mintak cop. Apa yang aku buat semua serba x kena. Aku tensen ngn diri aku sekarang ni. Kenapalah waktu ni?? Terlalu menguji kesabaran aku. Apsal lah sejak 2 menjak ni. Tensen je memanjang. huhu Jiwa kacau~~

Bear kesayangan aku. Dia lah tempat selalu aku mengadu walaupun die x bernyawa. Nama die atan. Adik sedara aku yang bagi. Dia lah tempat aku meluahkan, melepaskan segalanya tapi 1 pun x jalan. Apa yang aku perasan, dia lah yang selalu ada di sisi aku. Kan best kalau ada...... Em ntah lah. =((