Monday, August 31, 2009

Cinta, Sayang, Minat Dan Suka..

Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau bleh nak dia tahu. dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya.
(dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je )

Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita.
(dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…
(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekiranya telinga kita dah nak pecah…)

Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu… Em.

**
minat 'kamu' = sikap kamu yang terlalu baik dan mengambil berat. Sebelum ini xda orang yang amik berat tentang diri Ira. 'Kamu' is the 1st.

Suka 'kamu' = sikap 'kamu' yang menggembirakan Ira, sentiasa rasa nak ketawa bila ada ngn 'kamu'. Terasa kesunyian tu ilang bila dengan 'kamu', tapi 1 of the fact yg die nyatakan taklah rindu tu is wrong. Rindu tu sentiasa ada. Waawawawa.

Sayang 'kamu' = nothing is imposible kalau Ira katakan Ira suka bila 'kamu' mendengar apa yang Ira rasa, apa kisah suka duka Ira. Sebabnya Ira xda sapa. But I understand if 'u' also have own problem. Bukan nak memeningkan 'kamu' tapi sekadar berkongsi dengan orang yang kita sayang. That is way how we close our friendship.

Cinta 'kamu' = Em. Yang ni Ira xberani nak komen apa2. 'Ur' heart, I can't force. Tapi apa yang dinyatakan, tu lah yang Ira alami. :D

Just Pendapat:
Cinta di tujukan kepada org yg kita bercadang untuk hidup bersama. In that time, sayang dah mix dengan cinta. Sebabtu perasaan dia lebih. Tiap-tiap hari nak cari cinta. Sayang pulak di tujukan kepada seseorg yg kita rapat dan prihatin terhadap diri kita. Samada suka atau duka. Dia adalah seorng yg istimewa. Tanpanya kita akan tertanya-tanya apa jadi padanya. Selalunya sayang boleh jadi cinta. Kadang-kadang jek sayang cuma boleh jadi tersayang bukan cinta. Tetapi tetap istimewa.

Sayangkan 'kamu' tak semestinya 'kamu' bleh dengar luahan hati or masalah kita. sayangkan kawan tak semestinya kawan itu pendengar yg baik. sayang juga tak semestinya kerana org itu berbuat baik dgn kita. kadangkala walaupun org itu pernah sakitkan hati kita. asalkan kita pernah ada kenangan yg baik bersama-samanya, kita akan tetap sayangkannya. sayang pada adik beradik misalnya. sejahat mana pun mereka. jauh kat dlm hati kita akan tetap sayang mereka.

dari minat kita suka dia, bila kita sdh suka dia sekaligus kita akan syg dia. bila syg terlalu lama dalam hidup kita, perasaan cinta akan lahir secara kita tidak sedari. cinta hadir bila sehari kita tak melihatnya, tak mendengar suaranya, kita menjadi terlalu rindu padanya & bila dia berdampingan ngan perempuan lain, kita jadi cemburu buta walaupun tanpa menyiasat sapa perempuan yg didampinginya. walaupun kita tiada kena mengena dengan dirinya. akibat sifat sayangkan dia ada dalam diri, maka cemburu tu akan muncul tanpa diduga. walaupun sebenarnya ada orang yang tak suka jika sifat cemburu tu ada dalam diri tapi perasaan tu akan wujud bila kita terlalu sayangkan someone. tak kira samada lelaki ataupun perempuan.

Sunday, August 30, 2009

Sedih?? Sunyi??

Ira nak 'kamu' bahagia. Ira nak 'kamu' happy. Ira xmo 'kamu' sedih2 ataupun kesunyian. Sebab Ira dah merasainya. Ira terlalu sayangkan 'kamu' sama macam dulu. Tu pasal Ira nak, kalau boleh 'kamu' bahagia. Jika Ira diberi peluang tu, InsyaAllah orang yang ira sayang tu akan Ira bahagiakan. Em. Ira tau beza Ira ngn 'kamu' sangat lah jauh. Mungkin tu jadi penghalang Ira ngn 'kamu'. Bagi Ira, xde apa. Tapi mungkin bagi 'kamu'. Nak tau kenapa Ira sayang sangat 'kamu'?? Sebab 'kamu' yg Ira kenal, seorang yang baik sangat. Suka menolong. Ambik berat. Beruntung sesiapa yang 'kamu' sayang tu. X macam Ira. Mungkin pada 'kamu', Ira hanya adik tapi.... Em ntahlah. Lain yang Ira rasa. Ira sayang sangat kat 'kamu'. Hati perempuan, mulut xberani, tapi hati kena selami. Walaupun Ira macamni, jiwa Ira sama je macam semua perempuan. Ingin bahagia suatu hari nanti. Ira tau, mungkin sebab umo 'kamu', 'kamu merasakan yang Ira ni masih budak2. Tapi salah ke? Aduhaii. Ira buntu dengan apa yang Ira rasa. Kalau lah Ira diberi peluang untuk bahagiakan 'kamu', Ira hargai sangat2. Bukan niat untuk memaksa tapi sekadar berikan peluang. Ira tau bukan senang untuk mengatakan 'ya' pada seseorang yang kita anggap xlebih daripada adik. Bukan senang juga untuk kita katakan 'tidak' pada orang yang kita terlalu sayang lebih dr segalanya. Bukan senang untuk kita lupakan walaupun seminit. Sentiasa terlintas, itulah yang Ira alami. Tapi, what I want now, 'kamu' tu happy and bahagia. Ira nak 'kamu' tu sentiasa ceria mcm dulu dan x sunyi walaupun kekadang sunyi tu menyulubungi diri.

Dr insan yang,
~~menunggu peluang~~

Saturday, August 29, 2009

Sepi

Ada btol nya cakap salah seorang pembaca blog aku nih. Thanx sbb bg nasihat. Thanx sume nasihat yg aku dapat dr sesape je. Yes. Aku perlukan teman. Teman yang boleh mengisi kesunyian aku. Apa yang aku nampak, lelaki maybe bleh survive diri sendiri dan ada orang kata perempuan pun boleh tapi hanya perlukan semangat. Maybe semangat tu xda dalam diri aku. Ataupun aku blom jumpa.

Kekadang aku xtau apa yang aku pikir sampai serabut sangat padahal menda tu aku rasa simple matter. Em ntah lah.

~~insan yang terluka~~

Wednesday, August 19, 2009

Silent..

Malam ni ati rasa sedih sangat2 tetibe. Aku xtau apa yang aku rasa. Mekin berkecamuk, makin keliru. Em ntahlah. Dugaan yang menimpa2. Minggu lepas seminggu aku demam. Sekarang ni pulak memang musim demam. Ni haaa, x elok lagi batuk ngn selsema tp gagahkan jugak diri pegi kelas. Kelas sem ni plak aku rasa x pack sgt. Alhamdulillah.

Malam ni ntah kenapa, apa yang aku rasa, apa yang aku alami, selalu sangat terbayang-bayang. Aku sendiri keliru. Sunyi, gelisah, semuanya ada. Tapi bila something tu ada, aku akan rasa happy. Happy dengan diri aku. Happy dengan apa yang aku buat. Terima kasih sebab buat aku happy. Happy yang aku xtau sampai bila. Em, semua orang impikan happy selama-lamanya. Aku pun macam tu. Sapa yang xnak happy, sapa yang xnak bahagia? Tapi kadang-kadang dalam bahagia kita, ada gak yang berkocak sikit. Tapi aku?? Ntah lah. Lama aku tinggalkan ruangan luahan ni kan. Huhu.

Hanya kat sini tempat aku luahkan. Hanya kat sini tempat bercerita. Aku sunyi kat sini. Sunyi di mana-mana tanpa peneman. Dialah penguat idup aku, dialah yang meng'happy'kan aku sekarang ni. Tapi ntah sampai bila. Em..