Monday, August 31, 2009

Cinta, Sayang, Minat Dan Suka..

Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau bleh nak dia tahu. dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya.
(dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je )

Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita.
(dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…
(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekiranya telinga kita dah nak pecah…)

Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu… Em.

**
minat 'kamu' = sikap kamu yang terlalu baik dan mengambil berat. Sebelum ini xda orang yang amik berat tentang diri Ira. 'Kamu' is the 1st.

Suka 'kamu' = sikap 'kamu' yang menggembirakan Ira, sentiasa rasa nak ketawa bila ada ngn 'kamu'. Terasa kesunyian tu ilang bila dengan 'kamu', tapi 1 of the fact yg die nyatakan taklah rindu tu is wrong. Rindu tu sentiasa ada. Waawawawa.

Sayang 'kamu' = nothing is imposible kalau Ira katakan Ira suka bila 'kamu' mendengar apa yang Ira rasa, apa kisah suka duka Ira. Sebabnya Ira xda sapa. But I understand if 'u' also have own problem. Bukan nak memeningkan 'kamu' tapi sekadar berkongsi dengan orang yang kita sayang. That is way how we close our friendship.

Cinta 'kamu' = Em. Yang ni Ira xberani nak komen apa2. 'Ur' heart, I can't force. Tapi apa yang dinyatakan, tu lah yang Ira alami. :D

Just Pendapat:
Cinta di tujukan kepada org yg kita bercadang untuk hidup bersama. In that time, sayang dah mix dengan cinta. Sebabtu perasaan dia lebih. Tiap-tiap hari nak cari cinta. Sayang pulak di tujukan kepada seseorg yg kita rapat dan prihatin terhadap diri kita. Samada suka atau duka. Dia adalah seorng yg istimewa. Tanpanya kita akan tertanya-tanya apa jadi padanya. Selalunya sayang boleh jadi cinta. Kadang-kadang jek sayang cuma boleh jadi tersayang bukan cinta. Tetapi tetap istimewa.

Sayangkan 'kamu' tak semestinya 'kamu' bleh dengar luahan hati or masalah kita. sayangkan kawan tak semestinya kawan itu pendengar yg baik. sayang juga tak semestinya kerana org itu berbuat baik dgn kita. kadangkala walaupun org itu pernah sakitkan hati kita. asalkan kita pernah ada kenangan yg baik bersama-samanya, kita akan tetap sayangkannya. sayang pada adik beradik misalnya. sejahat mana pun mereka. jauh kat dlm hati kita akan tetap sayang mereka.

dari minat kita suka dia, bila kita sdh suka dia sekaligus kita akan syg dia. bila syg terlalu lama dalam hidup kita, perasaan cinta akan lahir secara kita tidak sedari. cinta hadir bila sehari kita tak melihatnya, tak mendengar suaranya, kita menjadi terlalu rindu padanya & bila dia berdampingan ngan perempuan lain, kita jadi cemburu buta walaupun tanpa menyiasat sapa perempuan yg didampinginya. walaupun kita tiada kena mengena dengan dirinya. akibat sifat sayangkan dia ada dalam diri, maka cemburu tu akan muncul tanpa diduga. walaupun sebenarnya ada orang yang tak suka jika sifat cemburu tu ada dalam diri tapi perasaan tu akan wujud bila kita terlalu sayangkan someone. tak kira samada lelaki ataupun perempuan.

2 comments:

  1. hehee. aen adew tige3.
    agak3 okew ta?

    aen arap akk pown akn dpt tige2 towh kt owg y smew (:

    ReplyDelete