Sunday, October 25, 2009
Hny Sekadar Luahan Dr Insan Yang X Sempurna Seperti Aku. Em
Pukul 1stgh pagi. Aku masih lagi menghadap laptop ni. Ntahlah. Setiap kali nak tidur, sapa yang aku bayangkan?? Hanya 'kamu'. Kenapalah susah sangat ira? Kenapa susah sangat ko nak terima yang dia dah ada orang lain ira? Kenapa?? Adulahaii. Bila bertanya pada diri aku sendiri, memang xda jawapan. Bila kenangkan nasib, aku menangis sendirian. Bila terkenangkan 'kamu', aku menangis. Ntah kenapa tiba2 je. Tanpa dipaksa tetiba hati rasa sebak seribu bahasa sampai x terkata. Terasa seperti diri ni dah dicampak dan dibuang jauh dr idup 'kamu'. Ya Allah. Kenapa ko boleh jadi camni. Adulahaii!!Kau patut terima yang dia ada orang lain lah ira. Ko patut hanya doakan kebahagiaan dia je. Semoga diorang kekal. Tapi kenapa jadi camni? Kenapa susah sangat ko nak terima? Susah sangat ko nk lupakan apa yang berlaku antara kau dengan dia dan terima dia hanya sebagai abang. Susah sangat ke ira? Adoi.. Aku sendiri buntu dengan idup aku.Mungkin aku ngn dia x sepadan. Memang pada pandangan kita, dia seorang yang mengambil berat, seorang yang berterus terang, dan nampak sempurna pada pandangan. Tapi ko ira??Hanya seorang perempuan yang gaya macam lelaki, berpakaian macam lelaki. Xreti nak melawa, x reti nk amik ati lelaki tapi ko ada perasaan terhadap lelaki. Lelaki mana lah yang nak pandang macam tu ira. Adoyaii. Tapi aku xnak jadi hipokrit. Memang. Memang aku perlu ubah penampilan aku, gaya idup aku tapi kalau boleh biarlah dia menilai aku dari ati aku. Ati?? Maruah?? Yes. Aku tau.Sosial life aku sangat tinggi. Tapi maruah aku. Bukan senang2 aku nak bagi kat orang.Bila sayang? Bila cinta? Aku xtau lah bila smua ni boleh ada dalam sebahagian idup aku sekarang ni. Aku rindukan kamu. Setiap kali memandang henset, hati ni teringin sangat nak mesej, nak dial no telefon. Nak dengar suara. Nak bertanyakan khabar. Tapi... Aku cukup takut dengan semua perasaan aku sekarang ni. Kebahagiaan yang aku kecapi dulu hanya seketika seolah2 dah hilang. Apa yang tinggal? Kesedihan dalam ati kerana terlalu sayangkan kamu. Sampai sekarang, x pernah sedikit pun rasa tu hilang. Makin rindu. Rindukan segalanya. Keluar bersama walaupun sekali sekala. Selalu mesej walaupun tau yang kamu sibuk. Kamu akan reply bila kamu senang sikit. Aku akan kol bila laptop bermasalah sikit. Hahaha. Semuanya xboleh nak dilupakan. Mungkin sebab impak yang aku terlalu sayangkan kamu. Aku tau semua ni berlaku semua salah aku jugak. Terlalu ikutkan sangat perasaan aku yang sunyi. Cemburukan kawan2 yang bahagia. Aku? Hanya bahagia pada luaran. Dalaman aku? Sangat sakit. Sangat perit. Dah lama rasanya aku memendam diri.Memendam rasa. Aku teringin nak tanya khabar kamu. Setiap pagi, setiap kali nak tido,wajah kamu yang aku nampak. AKU TERLALU RINDUKAN KAMU. Dulu setiap pagi, boleh dikatakan kita mesej kan. Tapi kalau kamu xreply, aku tau kamu sibuk. Setiap kali mesej tu jugak, mesti aku yang mulakan dan kekadang kamu. Kenapa? Sebab aku tau kamu xkan mesej selagi orang xmesej kamu x kira siapa. Aku tau aku masih belum mengenali hati kamu sepenuhnya tapi apa yang aku rasa, aku susah nak melupakan kamu. Susah walaupun dah aku cuba.Aku ingat lagi kali pertama kita keluar berdua. Pagi tu aku teman kamu. Kemudian kitakeluar sama2. Petang tu pula, kamu antar aku pegi hospital teman mama. Kamu kena balik,sebab kamu penat. Aku paham keadaan kamu masa tu. Ingat x ada 1 hari aku ajak kamu datang rumah masa kenduri tapi kata kamu, kamu ada program lain tp trpaksa di batalkan.Dan kamu pergi jumpa kawan2 kamu di KL. Masa tu aku xkisah sebab aku tau kamu perlu ada dengan kawan2 kamu. Dan ingat lagi x kali terakhir kita berjumpa sebelum semua ni berlaku. Kita ada amik gambar bersama. Aku masih lagi simpan gambar tu. Kamu tau x,ketika sunyi, kamu yang ada dalam fikiranku. Waktu tu aku mesti tersenyum sorang2 bila terkenangkan kisah kita. Ingat lg x masa pertama kali perkenalan kita? Masa tu aku dah add frendster kamu dan bila jumpa di 1 tempat ni, kamu perli aku. Kamu kata fs dah add,ym bila lagi. Aku terus terasa dan sejak tu perkenalan kita bermula. Manis sangat waktu tu. Tapi kenapa bila semua ni berlaku, kita jadi camni? Memang ni semua salah aku, dan aku mintak maaf sangat2. Aku x pernah mintak pun semua ni jadi. Aku xpernah mintak pun diri aku ni untuk mencintai orang. Dan apa yang aku harapkan, ada orang yang boleh mencintai aku. Orang itu adalah kamu. Hanya peluang yang aku harapkan. Mungkin aku dah terlambat untuk jadi yang pertama dalam hati kamu, tapi izinkan lah aku untuk jadi yangterakhir dalam hidup kamu. Yang TERAKHIR.. Dan bukannya main2 yang aku impikan untuk kehidupan baru aku. Bukan juga untuk mengecewakan orang yg terlalu aku sayang. Em. Maafkan Ira =(
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment