assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni aku nk cerita sikit tentang gathering yang kali pertama di adakan semalam bersama-sama Dj2, Admin dan Moderator Ceria di KLCC. Actually mmg aku x jangka ramai yg akan datang. Dr info yang aku dapat mula-mula hanya 7 ke 8 orang. Tapi semalam dlm 17 orang yang turut serta dalam perjumpaan tersebut. Antara yang ada ialah Kak Ngah @ Dj Hans iaitu owner Ceria, Butterfly @ Fina, Shuwen @ Mummy Gangster with husband, Zaza, Dj Lovestar, Dj Tuan, Dj Zulkarnain, Dj Wokyoh, Aiman with wife, Zack_3061, Atan, Biawak_penang @ Ayin, Snake, Ricky @ Dj Papalilo dan aku sendiri, iRa.
Aku sampai di KLCC dlm pukul 12suku tapi aku xjumpa sapa2 yang aku kenal. Tp ntah mcm mana aku jumpa zack dulu yang duduk kat sblh aku mencari orang. Wakakka. Almaklum la xpernah jmp. So, segan sikit nk tego dulu. Lepastu baru kitorang jmp dengan Dj Papa, Dj Tuan and Dj Love. Lepak dulu sementara tunggu yang lain sampai. Penat jugak la menunggu tapi perasaan excited nak jumpa member2 di alam siber tu boleh membuatkan penat tu ilang. Dalam pukul 1lebih jugak la baru kami dapat kumpul semuanya. Jumpa-jumpa je kami da start happening. Macam di alam siber jugak la. Tiada perasaan malu untuk beramah mesra. Tp ada jugak yang segan pada mulanya. Bila da kenal, barulah nk bercakap. Tapi apa-apa pun semuanya mesra.
Kemudian kami berkumpul di food court untuk mengenali antara satu sama lain sambil-sambil membincangkan mengenai room dan radio ceria yang baru ditubuhkan sejak hari raya kedua. Lebih kurang dalam 3bulan lepas. Macam-macam yang dibincangkan dan mencari jalan penyelesaian. Kami juga turut bergurau senda, memerli apa yang di room. Bukan setakat di food court, malah kami menyambung di taman KLCC. KLCC memang cukup besar tapi sentiasa penuh dengan orang. Lagi2 time cuti. Nak ikutkan ni kali kedua aku kesana.
Setelah selesai semuanya, kami sambung enjoy di karoke pula di Ampang Park. Tapi sayangnya Dj Papa xdapat nak join sebab terpaksa balik semula ke Melaka. So, apa-apa pun happening with u bro walaupun sekejap. Hope lepas ni dapat jumpa lagi di mana-mana. Bukan setakat karoke malah kami juga turut menyambut birthday salah sorang yang hadir iaitu Dj Zulkarnain yang jatuh pada 30Disember nnt. HAPPY BIRTHDAY TO U ZUL. Ni semua surprise yang dirancang oleh Kak Shuwen sebenarnya. Hehehhe. Surprise pada mulanya kami pasangkan lagu happy birthday kemudian barulah bawak masuk kek. Memang best. 2jam jugak la kami di karoke untuk mengeluarkan suara2 merdu. Yang mana xpernah dengar di radio mahupun yang da dengar di radio apabila menDj. Diorang ni memang berbakat. Best. Bukan setakat tau menDj malah tau juga untuk menyanyi.
Akhirnya kami berpisah selepas karoke. Masing-masing ke arah yang berlainan. Bukan senang nak dapat jumpa macam ni. So, selepas ni ira harap yang ira akan dapat jumpa dan join lagi apa yang dirancang oleh ceria. Memang happening. This memories akan di ingat sampai bila-bila. Hope ada la perancangan untuk gathering kali kedua with u all. Ira happy dengan semua. Mmmmuuaaaxxxxxxxx all. Friends Forever~~
p/s : buat kakngah, hope ada la planning untuk gathering yang kedua. Hehhehe. To Abg Ricky, tQ for the picture. And to all yang nak gambar ni, boleh mintak dari ira kat ym. Ira xboleh nak upload semuanya. And tQ to be my happening friends, happening bro and happening sis. Love u and Miss u all.
Nice To Meet U All
Abg Zul tengah masukkan lagu2 ke dalam lappy aku.
Lunch di food court KLCC. Ada juga yang minum je.
Ketika perbincangan
Di taman KLCC
Ayin dengan penuh semangat berkaroke. Bila ramai-ramai dia la paling diam. Tapi bila dalam room, dia la orang yang paling bising dan orang yang paling suka mensound orang lain. Ekekekke.
Kak Shuwen. Orang yang bawa kami ke tempat karoke ni.
Kakngah. Yang memang suka sangat berkaroke.
Dengan penuh feeling Abg Zul menyanyikan lagun sambil menghadap ke arah Kakngah. Hehehe
Diorang ni xboleh jumpa masa karoke. Kalau jmp lepas ni memang kena sumbat kapas la kat telinga. Menjerit bagai nak gila. Hehehe. Boleh pecah gegendang. Tapi apa-apa pun, memang best. Happening.
Birthday Abg Zul yang disambut secara surprise yang dirancang oleh Kak shuwen. Best. Happy Birthday To U Bro.
No comments:
Post a Comment