Monday, June 22, 2009

Kelahiranku...

Assalamualaikum..

Arini genap lah aku 20 tahun.. Waaa. Terasa dah makin tua plak. Adehhh.. Kat sini aku nak cerita sikit tentang kelahiran aku..

Tanggal 22 Jun 1989, tepat kul 6.17 petang, lahirlah seorang bayi perempuan dalam keluarga Razali dan Rosminah. Anak ke 3 daripada 4 orang adik beradik. Lahirlah dia dari rahim seorang ibu yg dikandung selama 9bulan 10hari. Lahirnya dia di dunia di Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL) dan di beri nama Nur Hazirah Binti Razali. Bayi itu adalah aku, Ira. Sejak baby sampai lah darjah 6, aku dibesarkan oleh nenek dan arwah atok aku, Hjh Esah dan Hj Dolmat. Bila siang aku di jaga oleh diorang. Bila malam aku balik kat umah aku. Xde lah jauh sgt umah nenek aku ngn umah aku. Xsilap aku masa tu nenek aku dah pindah maluri, dan aku plak duk kat ampang. Siang je, mak aku anta aku ke sana. Masa darjah 1, kalau x silap aku, aku pindah ke Chochrane. Lg dekat umah aku ngn nenek aku.

Bermulalah zaman sekolah aku. Masa 5tahun, aku di sekolah kan di Tabika Perpaduan Chochrane. Dekat ngn umah aku tp masa tu aku blom pindah Chochrane lg. Byk kenangan aku kat Tabika tu. Zaman budak-budak lah katakan. So, x ingat sgt apa yg berlaku. Yg aku ingt, time main jongkang jongkit, ade sorang budak ni nk turun dr jongkang jongkit tu, skali terjatuh sbb aku dah turun dlu dr jongkang jongkit tu. Hahaha adoii.. Tamat je tadika kat situ, parents aku anta aku tadika kat sekolah agama plak. So, jd baik sikit kat situ. Lagipun memang saja je parents aku anta aku tadika kat situ sbb dulu arwah atok aku bendahari masjid. So, bila nak balik senang je aku balik ngn atok aku. Aku tadika kat situ sejak umur 6tahun. Masuk je darjah 1, aku sambung sekolah agama kat situ. Sampai lah darjah 6. Tp jgn pelik plak. Aku bukan skolah agama je (sbb tu aku x baik sgt. hahhhaha) tp aku sekolah gak kat Sekolah Kebangsaan Taman Maluri. Sekolah yg byk berjasa kat aku dr darjah 1 sampai lah darjah 6.. Kat sekolah tu memang byk kenangan aku. Antara aku ngn cikgu2, antara aku ngn student2 kat situ. Rindu sgt kat korang smua. Bila lah kita nak wat gathering lg ni. Dah dekat 8taun x jmp korang.. Huhuhu. Tp cikgu yg aku still contact, cikgu Nizam. My maths teacher masa darjah 6. Darjah 4 die ajar aku sains. Dia gak lah yg buat aku minat dlm subjek matematik ni. Ngee~~

Tamat je darjah 6 aku kat SKTM, aku terpaksa pindah ke Putrajaya.. Actually masa aku darjah 6, dah nak abis sekolah tu dalam bulan 9, aku dah pindah ke Putrajaya. Atas sebab kedegilan aku, aku tetap nak abis kan sekolah aku kat maluri tu. Wahahahah sayang beb.. Sepatutnye aku sekolah kat Chochrane time form1. Wahahahha ntah pape. Yg aku ingt, sekolah Chochrane tu, sekolah pilih 40 orang je. X sangka plak name aku tersenarai. Aku ingat aku masuk sekolah Lokman ke.. Favourite school walaupun sekolah tu jahat sgt. AhakssSs. Last2, atas sebab2 yg x dpt di elakkan, aku terpaksa pindah ke Putrajaya dan bersekolah kat sini. 1st sekolah aku kat sini kat Presint 8.. Tp time form1 je lh. Msk form 2, aku sekolah lg dekat ngn umah aku. Kat presint 16.. Sampai lah form 5. Aku kat sekolah memang nakal gile. Time form4 ngn form5, kemalasan aku nk ke sekolah memang tahap maksima. Hahaha adoii. Tp aku masih lg baik. Xpegi sekolah pun, aku duk umah je. Bukan pegi memane pun.. Masa kat sekolah, aku ni dah lah Pengawas Perpustakaan. Perangai plak, adoiii mak aii.. Xlayak pun sbnrnye. Wuakakkaka. Time sekolah menengah ni byk gak aku join aktiviti. Aku join kawad bomba peringkat negeri, amik pangkat kopral peringkat negeri and macam2 lg lah. Byk x byk gak lah aku join aktiviti sekolah dulu. Nakal2 aku pun, aku join gak aktiviti sekolah kan. Byk gak kenangan2 nakal aku kat sekolah tu. Lari dr cikgu lah bila x masuk kelas. Memang mcm ampehh je perangai time tu. Tp bukan aku sorang. Time tu ramai2. Kalau nk dikenangkan balik zaman sekolah menengah, memang byk gile kenangan. Yg pahit, yg manis, yg tawar smua ada. Budak2 lah katakan :P
Masa Form 5 gak, aku ade join 1 aktiviti luar, iaitu aku join training bowling under MSN Kuala lumpur. Masa Pemilihan memula tu aku saja je join sebab free kan. X sangka plak aku terpilih untuk ikut latihan tu. Latihan tu 3kali seminggu. Petang je, aku pegi training. Kalau xsilap aku 3kali, xpun 2kali. Hmm ntah lh. Xhengat.. Training tu, ramai gak member yg aku kenal2 kan. Start dr situ, minat aku nk teruskan aktiviti main bowling timbul. Memula aku beli bola share ngn along aku. Start dr situ aku mula beli kasut plak. Harga dlm 2ratus lebih. Bile ade duit sikit, aku mula beli bola yg harganya rm300lebih. Tu 1st ball aku yg aku pakai duit aku sendiri tnp share dgn sesape pun. Kira aku ade 2bola. Tp bola yg aku beli memule tu, ade kat kajang. member aku pakai. Setaun lepas tu aku beli bola lain plak. Berat gak lh bola yg aku pakai, 14. Harga bola tu plak dlm rm600. Yg tu ade lh aku pakai duit yg aku simpan. Aku beli pape pun, jarang nak pakai duit parents aku. And sampai skrg aku still pakai 2 bola tu. 1 tu spare ball, lg 1 tu plak hook ball. 1st ball yg memule aku pakai, berat dia just 11. Then 2nd ball aku naik sikit ke 12. Yg 3rd ball ni naik sampai 14. Huhu. Dah lama x main ni, rasa mcm berat lah plak nnt kan aku nak pakai bole tu. Adoii..

Tamat je tingkatan 5 aku kat sekolah tu, dlm sebulan je aku keje than aku msk form 6 dlm seminggu pastu aku terus berenti sebab aku dpt tawaran sambung belajar kat Politeknik Ungku Omar.. Dalam jurusan Diploma Akauntasi. InsyaAllah kalau xde apa2 halangan, dlm taun depan aku abis. Doakan kejayaan aku ye kawan2..

Tu je lah cerita aku dr zaman aku baby sampai lah aku belajar tahap sekarang. Macam2 dah sebenarnye aku lalui. Memule zaman kecik2 dulu, aku teringin nk jd org dewasa sbb bila dah dewasa kita boleh pikir nk enjoy tp sbnrnye x. Makin besar ni makin byk benda yg serabutkan kepala. Makin byk cabaran dan dugaan kita. Rasa mcm nk masuk balik je sekolah rendah. Rasa mcm nk kembali ke zaman2 muda. Yg x perlu pikir apa2. Em, tp kita ni bukan makin lama makin muda, tp makin lama, makin tua. Tu lah hakikat yg perlu kita terima. Dan ajal pun, x kira umur kan. Adoii. Menda tu yg slalu aku pikir.. So, sementara umur masih ada ni, marilah kita beribadah (walaupun sbnrnye aku x sebaik mana pun). Huhuhu.. =))

Kat bawah ni senarai2 nama yg wish birthday aku ikut turutan. Hahahah. Just enjoy it =))
1. Kak fana (wish sblm sampai masa ni. Wahahhaha)
2. Zack
3. Naddy
4. Kak Bi
5. Zaza
6. Kak Ad
7. Abg Epul
8. Along
9. Dayah
10. Buna @ Nurul
11. Amir
12. Syaggy
13. Norzilah
14. Kak Kinah
15. Isyane
16. Kak Wan
17. Kak Maz
18. Naomi
19. Syahir
20. Wafizah
21. Yana
22. Kak Sportyeza
23. Syikeen

**by the way, thanx kat semua. Doakan kesejahteraan ira sentiasa ye. Chill yeay =))

4 comments:

  1. ira;
    woit.
    birthday kau ke rini. haha.
    jap jap nk nyanyi neh.
    :P

    happy birthday to you . . . *repeat 2
    happy birthday to hazirah razali
    happy birthday to you.
    haha.
    :P

    ReplyDelete
  2. hepi belated brday oit!
    huhu...walaupon terlmbt..
    wish u the best ok...success slalooo!

    ReplyDelete
  3. happy belated besday...
    dari rakan lame da...

    ReplyDelete
  4. syazana & bazilah :: thank u, thank u

    anonymous :: thanx. tp sapa disana?? miahaha

    ReplyDelete