Sunday, May 31, 2009

Konvoi Ke Port Dickson

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



Harini aku nk crite sikit ape yg berlaku 2hari ni. Wahahaha. Aku mmg x melekat kat umah 2hari ni. Penat plak rasa badan tp mmg enjoy. Seronok sgt tp aku xkan lupakan something. Benda tu tetap bermain dlm fikiran aku ni. Em, back to the story. Hehehe. Adoi. Semalam aku baru je join konvoi MYVians Club. Actually mmbe aku yg ajak. Memule aku pk2 gak samada nk pegi atau x sbb aku ade kenduri potong jambul anak buah aku kat Jelebu. Pk pny pk, aku decide nk follow mmbe aku ni pegi PD. Mmg happening, enjoy smpi ke malam. Huhuhu. Dekat kul 7 gak grak dr umah aku sbb die dr Cyberjaya. So kene amik aku kat sini dulu sbb aku bukannye ade kereta pun :)). Kitorang gerak ke esso dulu sbb ade group yg tggu kat sane. Lepastu baru gerak ke Seremban. Sepanjang perjalanan tu kalau ade group2 yg join, juz msk in line je lh. Diorang ade lh isyarat diorg. Diorang kne pasang fourth lamp. Sape2 yg xde tu trpakse lh psg head lamp. Haha. Mcm mmbe aku sorg ni. Jgn marah haaa. :P Pastu baru lah kumpul kat RnR seremban. Time kat situ, ade lh briefing sikit sepanjang perjalanan. X kurang gak smua kete di conteng utk mngenal pasti kumpulan supaya x berpecah. Yg mana x cuci kereta tu, nasib baik lh. Yg dh cuci kereta?? X pasal2 je kene conteng. Hahahaha. Kitorg ade marshall, master, pilot and media group yg melancarkan perjalanan. Lepas tol PD ade lg group yg join. Masa tu ade lh lebih 30biji kot. Aku pun xpasti sbnrnye. Ok. Lepas tol PD plak, kitorg di eskot oleh polis smpi lah ke tempat yg dituju. First time aku join konvoi ni. So, rasa excited pun ade. Hehehe. Sampai kat PD lebih kurang pukul 10lebih kot. Sampai2 je kitorang parking then lepak2 mkn dulu sbb smua lapo. Time kasih kat sesape yg sponsor mkn tu. Ade bihun goreng, mee goreng, nasi lemak, roti, keropok, air. Lepas tu baru lah masing2 terjun membasahkan bdn. Ada gak yg x mandi gak tu sbb diorang tau nk pegi mandi laut. Ish3. Buruk perangai. Heheheh. Juz joke. Ok lah, masa mandi2 tu ade gak yg main banana boat, speed boat, jalan2 naik boat pegi tgk ikan, smua lh. Yg xde jet ski je. Aku just main speed boat. Best. First time tu naik speed boat. Hahaha. Laju gile. Tp laju lg lh kereta kan. Rasa mcm main F1 powerboat je. Tp yg xleh tahannye, time org tu wat lap. Pusing smpi mmbe aku ni nk jatuh. Hahahahha smpi die mabuk laut lh. Turun2 je dh pening2. Terkejut pny pasal. Nk duduk blkg lg. Tu lah. Hahahha adoii. Kalau x aku duk blkg, tp die nk duk. Aku pun xkesah sbb aku takut sbnrnye. Hohoho. Pastu ade yg duduk saje kat tepi pantai tu, ade yg main bola. Ada gak yg main bola dlm air. Memang best and happening. X kurang gak ade yg duduk2 buat lawak lah. Kelakar btol budak2 ni. Konvoi ni ada yang dtg dgn family, ada yg dtg dgn kapel masing2. Tp aku pegi ngn mmbe aku ngn adik bradik die. Lepas program mandi2, dah siap semua, kami cadang utk makan di RnR Seremban. Bergerak ke sana ramai2. Pastu, diorang plan nk karoke kat Nilai. Mana yg nak balik, boleh balik. Mana yg nk pegi, boleh pegi. Tp kami ade 4 kete bersama pegi ke Nilai3. X join diorang pegi karoke. Saje je jln2 kat sana. Ada mmbe yg nk pegi beli barang kat situ, so kami yg xde plan nk ke mana2, juz follow. Mmbe aku yg kene lead sbb diorang xtau jalan. Sampai2 je kat sana, yg perempuan2 ni pegi lah kedai kain. Yg laki2 plak ngn aku n awek crasher je x follow. Aku mmg jenis xsuke nk tgk2 kain ni. Hehehe. Jalan je lah ngn lelaki2 yg ada. Kami jalan2, and at last, Zul cadangkan pegi main game. Ape lg, tgk lah diorang main game. Excited sungguh. Mcm lumba kete betul je. Macam2 reaksi diorg sbnrnye. Macam2 rupa. Hahaha. Agak sejam lebih kot kat situ. Pastu destinasi kitorang ke Bagan Lalang. Yahuuuuuuuu makan time!!. Tp aku x mkn sbb aku kenyang. rasa rugi plak. Tp nk wat cmne, pewut mmg full. Mmg best tgk diorg mkn. Juz jamah sikit je, tu pun makan pahat. First time aku mkn. Wawawwaaw. Sedap gak tp xleh msk byk. Fully already. :)) Makan pny makan, ade lh amik sikit gmbr kenangan. Juz snap2. Borak2 psl td and ade lah plan pasni. Hope dpt jmp lg smua. Masa di Nilai, kami 4 kereta tp bila pegi bagan lalang, kami dah jd 3kereta sbb alyani terpaksa balik. So tinggal lah aku, Zul and adik bradik, Exon and Lep, dan Crasher and Ika. 2nd time aku makan kat Bagan Lalang tu. Tempat tu mmg sedap. 1st time haritu, ayah aku bwk. And smlm for the 2nd time. Pasni dpt lah lg kumpul mcm tu. Makan besar plak. Hahahahha adeh. Lepas dah makan2 smua, dlm kul 9lebih gak gerak. Smua balik menuju ke destinasi masing2. Aku and Zul ke Putrajaya dulu nak anta aku, Exon and Lep dan Crasher and Ika balik ke KL. Happening kluar ngn diorang smua. Harap pasni Zul nak lah ajak Ira ni lg pegi join mane2 event ek. Heheheh =)) Bwh ni ade gmbr sikit. Enjoy with u'all. Chill always :-*

klik <<< gambar kat kamera ira sepanjang di PD smpi lah kat Bagan Lalang. X berapa nak perfect sbb mmg x perfect. Hahahah

Jamuan Finance SPNB

Assalamualaikum


Ari Khamis minggu lepas, group finance ade buat majlis makan2 utk kami dak2 praktikal dgn ade akk sorg ni, kak atul krn dpt msk department CRU. Mulanya aku xtau pun ade makan2 ni. Maklum lah, aku cuti lama sgt. Hehehe.
Actually aturcara pun mcm biase je. Mulanya kitorang kumpul. Then En Isa selaku pengerusi majlis memulekan smua. Ada ucapan dr En Z selaku manager di finance. Kemudian kami plak, dak2 praktikal yg kene bg ucapan. Waaaa. Aku xtau nk ckp ape. Ucapan tu dimulakan Kak Ima. Kak Ima ni student dr UUM. Then baru aku plak. Aku pun main ckp je ape yg terlintas. Aku ni dah lah x reti nk ckp. Bukan x reti ape, cume xtau nk ckp ape. Just wish thanx byk2 kpd smua team RMR yg byk membantu aku. Especially Abg Asri, Kak Munirah, Kak Zura, Kak B dan Kak Wan. Diorang byk tego kesilapan aku. Byk gak sbnrnye aku buat silap. Huhuhu. Dan smua yg byk membantu aku bile aku xtau. Lepas sikit ucapan tu, kitorg mula lh mkn tgh ari. Smua dah lapar. Kak Nita, GM di Kredit yg mulakan. Kemudian baru lah Kak Awin, En Khairil smua. Maklumlah, kalau di Finance ni mmg makan je keje. Makan mesti laju. Hehehhe. Tp mmg enjoy dgn diorang. Kalau dah keje tu mesti ade salah silapnye kan. So, aku terima je smua yg aku kene tego walaupun ade yg aku bengang sikit. Tp tu smua adat. Aku xkesah. Lupe plak. Sblm majlis makan2 tu, ade penyampaian cenderahati drpd Kelab Finance dan Kak Siti. Thanx kpd smua. Lps majlis makan tghari, smua jalankan kerja masing2 mcm biase. Sepatutnye kul 4 ade meeting tp trpaksa dilewatkan sbb En Z ade meeting dgn En Hamid, GM Finance. Actually meeting tu bukan sbb ape, juz nk inform psl tmpt duduk baru. Finance rombak tempat duduk dan susun ikut seksyen supaya senang berkerja. Lps meeting tu ade plak sesi bergambar ramai2. Memang kelakar. Mcm2 ragam sbnrnye. Aku pun naik pening kepala. Hahahahah. Abis je smua, trus balik sbb jam pun dah kul 5stgh. Aku balik lmbt sikit ptg tu sbb aku tumpang kwn aku. Sampai umah je, aku trus bukak adiah yg aku dpt td. Nak tau ape yg aku dpt. Waaaa. Aku dpt kain sepasang warna purple dan tuala baru. Yahuuuuuuuuu. Tuala boleh buat tuala raya, kain pun boleh buat baju raya terus. Hehehehe. Thank you very much Finance. Bawah ni ade gmbr yg aku dpt aritu. Chill =))



Tuala dr Kak Siti. Thanx :)

Kain sepasang dr Kelab Finance. Thanx :)

Tudung yg diberi skali dgn kain sepasang. Mama aku nak ni. Wahahhaha :P

Ni smua adiah yg aku dapat. huhuhu :))

Team2 Finance. Ade yg xdtg time ni.

Saturday, May 30, 2009

Penat

Assalamualaikum.
Actually aku baru balik dr menenangkan fikiran. Huahuahua. Terasa penat badan x ilang lg walaupun bukan aku yg drive. Tp mmg happening gile, enjoy. Walaupun enjoy2 aku, xmungkin akan aku lupakan. Em, nnt2 lh aku crite ape yg berlaku sehari suntuk aku kat port dickson hari ni. Maybe esok atau lusa. Dgn gambar aku upload skali. Bergantung pd keadaan. Esok aku nk kene kluar lg ngn member aku pegi umah org kawen plak. Waaaa penatnye. Tp aku mmg suke. Saje mencari ketenangan. Hahahaha. Okeylah. Mintak diri dulu. Nak tido. Semoga bertemu lg dgn MyVians Club. Thanx smua. ;-))

Thursday, May 28, 2009

Tensen!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ntah kenapa tensen sgt arini. Pg2 buta dah kena bebel. Maybe salah aku gak kot, x mesej. Tp, hmm ntahlah. Salah aku ke?? Adulahaii. Bangang sgt rasa. Bila lah nak abis ni.
Nak duk kampung. Lagi aman, lagi tenang. Xde lah semak sgt. Semak dgn keadaan kat KL ni. Arghhhh. Kenapa lah jd cmni. Kang aku guna orang atas, baru tau. Bukan aku nk ugut, tp kena paham lah. Adoii sengal lah.
Chow.

Masih berjaga

Adulahaii. Susah sgt aku nak lelapkan mata. Ya Allah, kenapa ni?? Pagi ni plak hujan. Orang lain dah sedap tido. Tp aku?? Berjaga lg dan tergerak utk hadap blog ni. Puas dah aku godek sana sini. Tengok gambar, main game tp minda aku ni melayang ntah kemana. Dah puas aku kluar masuk bilik, tp mcm xda perasaan je bila pandang bear kesayangan aku tu. Slalunya, dia lah tempat aku tido. Pantang nampak, konfem lelap. Mlm ni? Em, ntah lah. Apa yg aku fikirkan. Arghhh serabut2. Huhuhu. Berapa hari dah aku mc. Duk umah rehatkan badan. Doktor ckp aku kena ada tido yg cukup. Ntah ape doktor ckp ntah aritu, aku pun x amik port sgt. Tp nk tido camna kalau mata dah xleh lelap, fikiran ni melayang ntah sampai mana2. Memang aku yg salah kot. Hmm, only word 'sorry' i can said. Ntah lah. Adoii.
'NO PEACE'
Huhuhu.

No Status

Assalamualaikum.

Tengah malam camni, aku xnak celoteh panjang. Just 1 word 'sorry' buat someone. Actually aku baru je terjaga. Kerap sangat dah. Adulahaii. Dan entah kenapa, 1 word tu yg berlegar2 kat minda aku beberapa mlm ni. Mungkin salah aku gak. Em, ntah lah. Dah xtau nak cakap camna lagi. Daa =((

Sunday, May 17, 2009

AF7

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Seperti yg aku jangka, Hafiz mesti menang punya utk af yg ke 7 ni. Aduhaiii.. Aku bkn pun ikut sgt sbnrnye. Just tgk2 cmtu. Tp mlm td, aku tgk just keputusan. Wawawawa. Kalau aku masuk tu, mesti aku yg menang punya. Sampai juri2 terkejut dgr sore aku. Bleh pengsan aku rasa. Hahahah adoyyaii. Xde lah, itu ada lah rezeki Hafiz. Yg aku bajet juara si akim tu. Muke sweet maaa. Hahahhaha. Muke sweet, perangai i dont know. :D hmm okeylah, i want go to sleep first. Mata pun x larat dah ni. Duk menghadap laptop ni main game. Adeh2. Sampai buku laporan aku pun x berbuat lg ni. uwaaa. Sape2 yg rajin tlg aku wat ni. :P

Tuesday, May 12, 2009

Hari Ibu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Rindu sangat kat mama. Terasa plak bile hari ibu ni die xde kat umah sbb menunaikan umrah. Apa2 pun, smua anak2 mama ni syg kat mama. 'Selamat Hari Ibu' buat mama. Maafkan kitorang sbb slalu buat mama susah hati. Kitorang smua doakan mama cepat sihat.
"WE LOVE YOU MAMA"

*ni lagi 1 topik. tgh2 belek td terjumpa lg topik yg sama dgn abg epul. wuahahahha adoi. Abg ceroboh kotak fikiran ira ek? Ekekekke.

Jujur?? Berterus-terang??

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru jumaat lepas lecturer dtg tempat praktikal aku. Dtg pun time2 dah nak balik. Dan sejak akhir ni plak, keje banyak sgt kat opis. Walaupun baru praktikal, aku dh dpt rasa mcm org berkerja plak. Apa lagi, buku harian pun aku buat cincai je lah. Sampai kene komen ngn lecturer tu. Hahahah adoi. Tp aku buat x endah je. Malas ke aku?? x sbnrnye (bangga jap). Cume aku rasa, apa yg aku wat hari2 adalah mende yg sama. Apa lg aku nk tulis. Tu yg buat cincai2 je. Hmm sebenarnya tu bukan apa aku nk crita. Apa yang aku nk crita, ialah patut ke aku lakukan?? Lakukan ape? Hmm. Tu yg main kat fikiran aku masa aku on the way balik dr opis td. Pada sesapa yg ada baca blog mmbe aku, maybe tajuk aku ngn die lebih kurang sama. Hahahahaaku pun xtau cmne bleh sama. Buat abg Epul, smua ni kebetulan. Adeh. Abg seludup msk dlm fikiran ira ptg td. :P Actually kat sini just nk kongsi. Time dlm ERL (KLIA Transit) td, tgh2 duk termenung aku terpikir. Patut ke berterus terang, patut ke berlaku jujur?? Apa semua ni? Tajuk novel ke? Hahahha ntah lah. Ada kena mengena ngn diri aku ke? Haaa jawablah sendiri. Kalau ikutkan aku, berterus terang dan jujur lagi bagus tp x semua org boleh accept apa yg akan terluah nanti samada ia mendatangkan kebaikan mahupun keburukan. Dan aku cukup takut sebenarnya berhadapan ngn situasi cmni. Kalau ia mendatangkan kebaikan, aku bersyukur sgt. Tp kalau ia mendatangkan keburukan, lukanya ssh kita nk ubati. Bagi umat islam, mereka mungkin melakukan solat istikharah utk tenangkan apa yg kusut di fikiran tu. Mencari jalan penyelesaian. Semua petunjuk akan diberikan. Terpulang pada yg maha Esa samada nak bg petunjuk kepada hambanya itu cepat ataupun lambat. Allah sentiasa memberikan mana yg terbaik utk hambanya. Hmm. Pikir2, kalau wat novel crite aku ni bleh laris kot. Wahahahha. Aku kalau boleh memang nk bgtau semuanya. Nk berterus terang. Tp aku takut apa yg aku pikirkan x sama dgn ape yg org tu pikirkan. Org tu?? adeh2 sapa lah gerangan empunya badan tu ek? :P Bak kata Nabil 'Lu pikirlah sendiri'. Hehehe.

*Crite psl aku ke ni ek? Ye kot. X kot. Wahahaha pikirlah sendiri. Malas dah nak pikir walaupun terpaksa gak pikirkan psl ni. adeh2.

Saturday, May 9, 2009

Cinta Seorang Suami. Hayatilah!!

Based on True Story..
Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun
Mereka dikurniakan 4 orang anak .......disinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat ......... tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.
Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnya pun sudah tidak mampu digerakkan lagi.
Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur. Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.
Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan pak suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.
Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), pak suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.
Rutin ini dilakukan pak suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.
Pada suatu hari ke empat anak suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.
Dan pak suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.
Dengan kalimat yang cukup hati2 anak yang sulung berkata : "Pak kami ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu."
Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya .........
"Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila papak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini ..... kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulung merayu.
Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak didugaoleh anak-anaknya.
"Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu.... mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku... . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian..." Sejenak kerongkongannya tersekat..."Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta yang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?
Kalian menginginkan bapak bahagia .... Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?
Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain .......bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?
Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno...Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu...
Sampailah akhirnya pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno...
Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?
Ketika itu pak Suyatno pun menangis.... tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru...
Disitulah pak suyatno bercerita...Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur...
Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya .......Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya... Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik...
Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah... Dan itu merupakan ujian bagi saya.
Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit ... Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.
Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya...kerana DIA maha Mendengar... .


* Hmm. Kasih seorang suami yg setia, mmg semua wanita mengharapkan. Tp, jika ditakdirkan oleh-Nya utk si suami berkahwin lg, adakah itu namanya pengorbanan kerana Allah juga?? Sape2 ade jwpn utk soalan ni?? Sama2 lah kita bijak merancang masa depan. Pilih berdasarkan keselesaan diri. Cinta boleh hadir sebelum kahwin, mahupun selepas kahwin. Kesetiaan, kebahagiaan semua atas usaha dan atur hidup masing2. Kalau kita bijak merancang, bijak memilih, semuanya akan aman. Akan bahagia. Walaupun hidup hny sederhana. Air di laut xkan tenang kalau kita salah pilih jalan. Betul ke ni. Wawawaa :)) Dan juga cinta x mengenal usia. Samada tua mahupun muda. Dalam masa yg sama kita juga boleh berusaha. 'Berusaha tanda kejayaan'

Bila Lelaki Benar-Benar Jatuh Cinta

Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Utk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:
1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.

3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya krn perasaan cemburunya yang meluap2.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya krn dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.

*betul ke?? Allahualam. Sebabnye aku sendiri pun x penah bercinta. So, xtau la. Hehehe. Tapi aku tertarik dgn 1 statement meera iaitu robot dlm room yg aku slalu lepak. hehehhe. Dia kate, 'Ramai wanita yang meminjam hati lelaki, tapi sangat sedikit yang mampu memilikinya'. Kata-kata ni adalah dr Khalil Gibran.

Tuesday, May 5, 2009

Sedih.

Marilah kita sama2 simpati dan hayati video ni. Sedih sgt. Huhu.


Cinta, Kasih, Sayang Dan Hati

CINTA, KASIH, SAYANG DAN HATI

CINTA (Sebelum Kahwin)
C = Cubit kiri, kanan rasa.
I = Impian indah ibarat syurga
N = Nikah impian utama
T = Taat setia membawa bahagia
A = Awal dan akhir bersama


CINTA (Selepas Kahwin)
C = Cuka yang dituang pada luka
I = Iblis yang merosak minda

N = Nafsu semata-mata
T = Tuba yang dibalas semula
A = Api dalam neraka




KASIH (Sebelum Kahwin)
K = Kongsi semua suka duka
A = Abang, adik, ayang, anja ?
S = Sumpah setia dibibir sentiasa
I = Istana bahagia dah dicipta

H = Hatiku hatimu jua

KASIH (Selepas Kahwin)
K = Kaki tangan naik kat kepala
A = Abuk pun tara. Nak makan apa
S = Simpati langsung tak ada

I = Ironi membakar jiwa
H = Hidup mati sama saja





SAYANG (Sebelum Kahwin)
S = Sikit-sikit SORRY
A = Asal free mesti nak jumpa
Y = You lap me, I lap u
A = Apa saja sanggup diduga
N = Nak itu, nak ini…mesti dapat
G = Gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama

SAYANG (Selepas kahwin)
S = Salah sikit kiamat dunia
A = Air tak sedap, basahlah mata
Y = Yang betul dia je
A = Ada takde, bagi anak reti la

N = Nak dilawan, digelar derhaka
G = Gaduh sampai lebam




HATI (Sebelum Kahwin)
H = Hanya dikau yang daku cinta
A = Air paip pun manis macam gula
T = Tak jumpa sehari boleh jadi gila
I = Iguana indah tak terkira


HATI (Selepas Kahwin)
H = Hantu jembalang lagi sempurna

A = Airmata jadi teman setia
T = Tempat mengadu dah tak ada
I = Ikut hati mati, ikut rasa binasa…nak buat macam mana

*semua terletak di tangan anda. Renung2kan dan selamat beramal. Hehehehe

Monday, May 4, 2009

What A Woman Wants In A Man

What a Woman Wants in a Man

What I Want In A Man, Original List ... (at age 22)

1. Handsome

2. Charming

3. Financially Successful

4. A Caring Listener

5. Witty

6. In Good Shape

7. Dresses with Style

8. Appreciates the Finer Things

9. Full of Thoughtful Surprises

10. An Imaginative, Romantic Lover

*******

What I Want In A Man, Revised List ... (at age 32)

1. Nice Looking - preferably with hair on his head

2. Opens car doors, holds chairs

3. Has enough money for a nice dinner at restaurant

4. Listens more than he talks

5. Laughs at my jokes at appropriate times

6. Can carry in all the groceries with ease

7. Owns at least one tie

8. Appreciates a good home cooked meal

9. Remembers Birthdays and Anniversaries

10. Seeks romance at least once a week

*******

What I Want In A Man, Revised List ... (at age 42)

1. Not too ugly - bald head OK

2. Doesn't drive off until I'm in the car

3. Works steady - splurges on dinner at McDonalds on occasion

4. Nods head at appropriate times when I'm talking

5. Usually remembers the punchlines of jokes

6. Is in good enough shape to rearrange the furniture

7. Usually wears shirt that covers stomach

8. Knows not to buy champagne with screw-top lids

9. Remembers to put the toilet seat lid down

10. Shaves on most weekends

*******

What I Want In A Man, Revised List ... (at age 52)

1. Keeps hair in nose and ears trimmed to appropriate length

2. Doesn't belch or scratch in public

3. Doesn't borrow money too often

4. Doesn't nod off to sleep while I'm emoting

5. Doesn't re-tell same joke too many times

6. Is in good enough shape to get off couch on Weekends

7. Usually wears matching socks and fresh underwear

8. Appreciates a good TV Dinner

9. Remembers your name on occasion

10. Shaves on some weekends

*******

What I Want In A Man, Revised List ... (at age 62)

1. Doesn't scare small children

2. Remembers where bathroom is

3. Doesn't require much money for upkeep

4. Only snores lightly when awake (LOUDLY when asleep)

5. Doesn't forgets why he's laughing

6. Is in good enough shape to stand up by himself

7. Usually wears some clothes

8. Likes soft foods

9. Remembers where he left his teeth

10. Remembers when...

*******

What I Want In A Man, Revised List ... (at age 72)

1. Breathing

*jenis aku x memilih. Apa yg di atas ni semua hny ramalan. Terpulang pd individu tu sendiri. Tp yg pastinya, statement last tu, btol. Setiap pasangan mesti nk sehidup semati brsama pasangan masing2. Tp kalau dh smpi ajal dulu, kita pun xleh nk melawan takdir. Hehehe. Pada jejaka2 di luar sana, jd lah diri anda. Jgn jd diri org lain. :) Perbetulkan kelemahan, tingkatkan kemachoan. Huahuahua. Macho la sgt. Adeh2. Jgn anggap semua wanita di dunia ni memerlukan lelaki yg sempurna walaupun mmg itu kehendak mereka. Ada yg paham dan ada yg x. Hehehe. Kesimpulannya, 'NOBODY PERFECT IN THIS WORLD ACCEPT ALLAH S.W.T'



Farid Dan Fariza

Assalamualaikum.
Minggu ni aku agak sibuk dgn majlis perkahwinan abg sedara aku di gombak. Baru 2 hari lepas iaitu ari sabtu, aku ikut rombongan hantar ke rumah perempuan di Ampang. Lawa jugak akk ipar sedara aku tu. Hahaha. Dapat plak dgn abg sdara aku yg boleh lah tahan (huahuahua jgn marah abg farid.) Abg sdare aku ni seorang leftenan Tentera Laut Diraja Malaysia. So adat perkahwinan semua ikut cara tentera. Lalu bawah pedang la, hormat pengantin la, hormat senjata la, mcm2 lg. Potong kek pun pakai pedang gak tu. Hahaha. Maklumlah,1st time aku pegi ke majlis yg adatnya mcm tu. Dekat 2 jam menunggu di rumah tumpang pengantin (dekat area2 situ gak). Rumah org. Duk tumpang kan pengantin kat situ sementara menunggu nk berarak. Berlapar lah kitorang. Berpanas gak tu. Adoii. Xtahan btol. Rombongan tu kalau msk kete pengantin adalah dlm 10 biji kot. Yang ramainya perempuan. Semua belah makngah aku. Yang belah aku ada lah 2laki. Ayah aku yg hensem lg macho dgn paklang aku. Hahaha.


ni lah abg farid aku. wuahahhaha




ni masa diorang wat perlahan jalan iring pengantin lelaki

sesi bergambar dgn pegawai2 TLDM


Semasa memtong kek. Time ni pun diorang duk beradat lg ngn pedang. Adeh2.

Time ni dah nak balik. Pose sebelum balik. Hehe. Thanx abg cameraman. =)


Keesokkan harinya kat rumah sebelah lelaki plak. Time ni pengantin memakai suit hitam plak. Masa di rumah perempuan, pengantin memakai suit putih. Tengah majlis berlangsung, sebelum pengantin dtg, semua tetamu dikejutkan dgn 1 pengumuman yg mngejutkan iaitu ada 1 kereta avanva kaler maroon, tayar keretanya terbakar. Aku x dpt nk pastikan slh sape. Nk kata slh owner pun ye gak. Nk kata xde slh sesape pun, ye gak. Sbb masatu keadaan panas sgt. X smpi brape minit ayah aku suh bukak tingkap kete sbb panas, kejap tu gak pengumuman tu dibuat. Aku yg nk sgt tgk, p la jenguk. Mmg pd mulanya, api kecik. Kalau org rmi tolong padamkan pki paip dan org rumah dpn tu tlg bg air pun, aku rasa api x marak. Kereta xkan meletup. Ini semua tgk. Xde bantuan yg diberi. Kesian gak, tp apakan daya. Benda dh nk jd. Keadaan masa tu mmg kelam kabut. Bomba pun dlm 20minit baru smpi. Aku nk slhkan bomba pun aku xtau balai tu jauh mana. Tp kalau balai dekat, 20 minit bru smpi, mmg teruk lah. Kalau balai tu jauh dan memang makan masa, yg tu xleh nk slh kan pihak bomba. Tp apa pun ucapan terima kasih kpd pihak bomba yg padamkan api yg tgh marak dn cuba slmtkan dokumen yg ade, tu x lupa. Orang rmi yg ade masa tu amik kesempatan utk rakamkan apa yg brlaku trmasuklah aku. Hehehe. Mana x nye, 1st time brlaku dpn mata aku. Jd reporter la aku :)) . Bila dh selidik2 rupanya kereta tu slh sog dr pegawai TLDM, merangkap member abg sdara aku yg sepatutnye mnyertai perbarisan pengantin. Tp benda dh nk jd, so die settlekan hal die dulu. Tmpt die di ambik alih oleh kwn die gak. Apa pun yg jd, dugaan apa pun yg dtg, majlis tetap di jalankan mcm biasa. Semuanya seperti di aturkan. Bwh ni ada pic sikit semasa majlis, semasa kebakaran. Dan akhir sekali, SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT ABG FARID & KAK FARIZA. Semoga berkekalan hingga ke anak cucu. Amin.


Antara sedara mara yg dtg.

pengantin tgh ready2 nk lalu bwh pedang tu. Takut plak klu topi tu trsangkut. Huahuahua.


Ni gambar kenang-kenangan brsama rakan di rumah pengantin lelaki.

Sebelum kitorg balik. Aku kene jd camerawoman, so gmbr aku xda. Wawawa.

Gambar kek yg sempat aku snap sebelum balik.

Ni plak kejadian yg brlaku semalam. Habis hangus kereta tu. Yang tinggal hny rangka. Hmm

*bertambah lg lah anak buah aku. Waawawawa. Tp diorg still panggey aku kaklang =)) Hehehhe. Tu yg best. Nmpk muda lg bergaya. Wuahahahah.

Adakah??

Sayang,
Dah sebulan lebih jari aku x menari2 menekan keyboard ni,
Dah sebulan lebih juga kau ditinggalkan tanpa di update,
Hari ni aku dtg utk mengaktifkan kau semula.
Sayang,
Adakah aku bz smpi kau aku x jenguk,
Adakah aku sakit sampai kau aku x update,
Adakah aku x ingat kau??
X sama sekali.
Sayang,
Aku cuma mencari ketenangan,
Mencari diri aku yg sebenar,
Mencari apa itu erti hidup,
Apa itu erti sayang,
Apa itu erti cinta.


Sayang,
Aku x jmp lg semua tu,
Aku xde jwpn utk semua tu lg,
Puas dah aku mencari sana sini,
Buka web itu ini,
Menyelidik semuanya.
Tapi apa yg aku jumpa??
Hny jln buntu dlm hidup aku.
Sayang,
X layak kah aku utk disayangi??
X layak kah aku utk dirindui??
X layak kah aku utk dicintai??
X layak kah aku utk semua tu??
Adulahaii..


Sayang,
Aku xtau knapa dgn diri aku sekarang,
Apa yang aku buat mesti ada je yang x kena,
Segala-galanya aku dah berusaha,
Berusaha utk mendapatkan,
Berusaha utk memiliki.
Sayang,
Tp apakan dayaku,
Aku hanya manusia biasa di muka bumi ni,
Hanya insan yg mempunyai kelemahan,
Hanya insan yg x punya apa2,
Semuanya aku lemah,
Dan aku tau seseorang itu ada kekuatannya sendiri,
Cumanya aku masih x nampak,
Masih dlm kekaburan.


Sayang,
Aku perlukan peneman,
Peneman utk mengisi masa lapang aku,
Peneman utk mengisi kekosongan dlm hidup aku,
Peneman utk susah senang dgn aku,
Peneman utk mendengar cerita2 aku,
Peneman utk berkongsi segalanya dgn aku.

Sayang,
Aku nak mintak diri dulu,
Utk menunaikan perintah-Nya,
Akan aku jumpa kau lagi,
Akan aku mengingati kau sentiasa,
Hanya kau lah peneman di kala aku sunyi sekarang ini.

Assalamualaikum.