Monday, May 4, 2009

Farid Dan Fariza

Assalamualaikum.
Minggu ni aku agak sibuk dgn majlis perkahwinan abg sedara aku di gombak. Baru 2 hari lepas iaitu ari sabtu, aku ikut rombongan hantar ke rumah perempuan di Ampang. Lawa jugak akk ipar sedara aku tu. Hahaha. Dapat plak dgn abg sdara aku yg boleh lah tahan (huahuahua jgn marah abg farid.) Abg sdare aku ni seorang leftenan Tentera Laut Diraja Malaysia. So adat perkahwinan semua ikut cara tentera. Lalu bawah pedang la, hormat pengantin la, hormat senjata la, mcm2 lg. Potong kek pun pakai pedang gak tu. Hahaha. Maklumlah,1st time aku pegi ke majlis yg adatnya mcm tu. Dekat 2 jam menunggu di rumah tumpang pengantin (dekat area2 situ gak). Rumah org. Duk tumpang kan pengantin kat situ sementara menunggu nk berarak. Berlapar lah kitorang. Berpanas gak tu. Adoii. Xtahan btol. Rombongan tu kalau msk kete pengantin adalah dlm 10 biji kot. Yang ramainya perempuan. Semua belah makngah aku. Yang belah aku ada lah 2laki. Ayah aku yg hensem lg macho dgn paklang aku. Hahaha.


ni lah abg farid aku. wuahahhaha




ni masa diorang wat perlahan jalan iring pengantin lelaki

sesi bergambar dgn pegawai2 TLDM


Semasa memtong kek. Time ni pun diorang duk beradat lg ngn pedang. Adeh2.

Time ni dah nak balik. Pose sebelum balik. Hehe. Thanx abg cameraman. =)


Keesokkan harinya kat rumah sebelah lelaki plak. Time ni pengantin memakai suit hitam plak. Masa di rumah perempuan, pengantin memakai suit putih. Tengah majlis berlangsung, sebelum pengantin dtg, semua tetamu dikejutkan dgn 1 pengumuman yg mngejutkan iaitu ada 1 kereta avanva kaler maroon, tayar keretanya terbakar. Aku x dpt nk pastikan slh sape. Nk kata slh owner pun ye gak. Nk kata xde slh sesape pun, ye gak. Sbb masatu keadaan panas sgt. X smpi brape minit ayah aku suh bukak tingkap kete sbb panas, kejap tu gak pengumuman tu dibuat. Aku yg nk sgt tgk, p la jenguk. Mmg pd mulanya, api kecik. Kalau org rmi tolong padamkan pki paip dan org rumah dpn tu tlg bg air pun, aku rasa api x marak. Kereta xkan meletup. Ini semua tgk. Xde bantuan yg diberi. Kesian gak, tp apakan daya. Benda dh nk jd. Keadaan masa tu mmg kelam kabut. Bomba pun dlm 20minit baru smpi. Aku nk slhkan bomba pun aku xtau balai tu jauh mana. Tp kalau balai dekat, 20 minit bru smpi, mmg teruk lah. Kalau balai tu jauh dan memang makan masa, yg tu xleh nk slh kan pihak bomba. Tp apa pun ucapan terima kasih kpd pihak bomba yg padamkan api yg tgh marak dn cuba slmtkan dokumen yg ade, tu x lupa. Orang rmi yg ade masa tu amik kesempatan utk rakamkan apa yg brlaku trmasuklah aku. Hehehe. Mana x nye, 1st time brlaku dpn mata aku. Jd reporter la aku :)) . Bila dh selidik2 rupanya kereta tu slh sog dr pegawai TLDM, merangkap member abg sdara aku yg sepatutnye mnyertai perbarisan pengantin. Tp benda dh nk jd, so die settlekan hal die dulu. Tmpt die di ambik alih oleh kwn die gak. Apa pun yg jd, dugaan apa pun yg dtg, majlis tetap di jalankan mcm biasa. Semuanya seperti di aturkan. Bwh ni ada pic sikit semasa majlis, semasa kebakaran. Dan akhir sekali, SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT ABG FARID & KAK FARIZA. Semoga berkekalan hingga ke anak cucu. Amin.


Antara sedara mara yg dtg.

pengantin tgh ready2 nk lalu bwh pedang tu. Takut plak klu topi tu trsangkut. Huahuahua.


Ni gambar kenang-kenangan brsama rakan di rumah pengantin lelaki.

Sebelum kitorg balik. Aku kene jd camerawoman, so gmbr aku xda. Wawawa.

Gambar kek yg sempat aku snap sebelum balik.

Ni plak kejadian yg brlaku semalam. Habis hangus kereta tu. Yang tinggal hny rangka. Hmm

*bertambah lg lah anak buah aku. Waawawawa. Tp diorg still panggey aku kaklang =)) Hehehhe. Tu yg best. Nmpk muda lg bergaya. Wuahahahah.

No comments:

Post a Comment