Sunday, November 30, 2008

lewat..

assalamualaikum dan salam sejahtera..

harini mungkin aku xsempat nak entrikan apa2, sebab aku ngn kaklong aku kena pegi IJN seperti yang aku entrikan semalam. kena teman mama. so, hope korang bersama2 doakan agar mama aku sihat sentiasa. amin.

~~~eNd~~~

Saturday, November 29, 2008

layan sebentar!!

assalamualaikum dan salam sejahtera.

arini badan aku letih lagi. tengkuk aku rasa sengal2 dari semalam lagi. mungkin banyak sangat makan daging. tapi nak wat camne, da daging lagi sedap dari ayam. aku bagitau mama. mama cakap jgn banyak sgt makan daging sebab darah aku ni ikut darah keturunan ayah. muahahahhaha. ada darah tinggi. adoiii takut gak aku bab2 ada penyakit ni. almaklum la, korang smua tentu tau sebab sblm ni aku ada cerita tentang first time dlm family aku masuk hospital. bila mama cakap macam tu, aku rasa macam da x berani nak makan daging. tp mungkin amik masa lama kot aku nak lakukan perubahan tu.

apa yang aku pikir, mungkin aku salah tido dalam bas semalam kot. aku baru je balik dari ipoh semalam. rushing gila. mana x nya. abis je final bi, aku terus pegi hantar mini projek ubs. tapi b4 that, aku nak kena p lab settlekan lagi sikit. ada aje yang x settle. huhu. last2 lab tutup. nak xnak terpaksa hantar terus. tapi aku xdpt teman mmbe aku hantar sbb aku kena kejar bas kul 1. kalau mmbe aku tu baca blog aku ni, i want to say sorry sorry sorry. rushing pny rushing, bas nk p melaka rosak. so diorang kena naik bas sampai kl. terpaksa kongsi bas dengan org yang nk p kl. adoii aii. seat plak x cukup. driver mintak passenger kl kul 1 mengalah. mula2 aku x turun gak. yela, aku pun nak cepat kan. nak xnak, aku mengalah gak. sbb aku pikir aku ni professional. tu je. ada mamat2 kat belakang yang nk p kl, smua xnk mengalah. sengal btol. yang x boleh blehnya, ada sorang passenger ni, dia duk marah driver. dia kata "saya nak seat saya. xkan saya nak jauh dari anak kecik saya.lagipun saya dah bayar mahal2." nak kata bangang kang marah. ape la pny pandai. anak dia tu ada la dalam 12 tahun kot. pisah la kejap. orang lain pun bayar gak duit seat bas. macam dia sorang je yang bayar. adoii. nasib baik la aku ni pandai. so, aku mengalah naik bas kul 2.

sampai kl mmg lambat. biasa dalam 2 jam setengah da sampai. tp semalam 3jam. letih duk dalam bas. dengan hujan lagi. mmg lama la perjalanan. mula2 ingat nak p kotaraya ke petaling street ke nak cari beg. tapi, hujan plak. mmg xde rezeki aku la. terus aku balik putrajaya. sampai2 putrajaya, aku terus on aku pny ym, criachat smua la. rindu btol. lama x on. tapi yang peting my lovely blog. muakakkakaka.

hmm. esok plak aku kena p teman mama p IJN. mungkin dalam 2 ke 3 hari aku kena teman mama kat sana. adoii. risau aku. mcm yang akk aku cakap sebelum ni, mama nak kena p IJN buat operation. aku hanya mampu berdoa agar mama aku sihat cepat. amin. sayu hati ni, risau hati ni, suka duka hati ni, hanya Allah yang tahu.

ok la. biarkan aku melayan perasaan risau aku ni bersama family aku yang lain.

p/s utk mama : kami sayangkan mama. love you always. take care.

Friday, November 28, 2008

KONFLIK SI SUAMI DAN SI ISTERI

KONFLIK SUAMI DAN ISTERI

Rumahtangga Minah dan Wahid selalu mengalami krisis. Tidak kira siang atau
malam, mereka akan bertengkar. Setiap pertengkaran pastinya menggangu jiran
tetangga.

"Kalau aku mati, aku akan menjadi hantu dan mengorek tanah di depanku untuk
keluar mencekik engkau," terdengar pekikan si Wahid. Jiran yang mendengar
terkejut besar dengan ugutan si Wahid terhadap isterinya kerana diketahui
Wahid mempunyai ilmu hitam yang sangat luar biasanya.

Beberapa hari berlalu. Wahid ditemui mati akibat mangsa langgar lari.
Walaupun benci, tetapi sebagai isteri Minah tetap menguruskan pengebumian
suaminya dengan baik. Seminggu selepas itu, jiran tetangga amat kehairanan
melihat Minah yang langsung tidak merasa takut dengan ugutan suaminya
dahulu.

"Engkau tidak takut dengan sumpah suami kau dulu?" tanya jirannya.
"Tidak!" jawab Minah.
"Biarkan saja dia mengorek tanah. Aku dah tanam dia mengadap kebawah!"

Amaran Dari PDRM..Be Careful

AMARAN DARI POLIS DI-RAJA MALAYSIA

Berhati- hati kawan2ku tentang masaalah ekonomi yg semakin parah, manusia terdesak melakukan berbagai2 cara untuk merompak kita..

Berhati2 semua terutama para wanita. Bahaya....!!!

Baru minggu lepas malam Jumaat saya parking kereta diparking awam. Semasa nak balik kerumah saya terperasan ada pelekat kat cermin belakang kereta saya. Bila saya tanggalkan pelekat tu kat rumah, rupa2nya cuma resit pam minyak . Tak lama lepas itu saya terima email ini.

" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG> MELEKAT PADA> CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA -- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN )

Sedarlah semua! Tolong sebar2kan..... Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda. Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!

BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN


Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini. Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ke
tangan orang lain.

Thursday, November 27, 2008

Kenduri dan Doa Selamat

Assalamualaikum...
Hari ini hari paling sibuk....pukul 5 pagi dah bangun dan bersiap utk ke MBS(Methodist Boy School) untuk mengawas SPM. Hari ni peperiksaan lukisan. Seronok rasa hati kumelihat lukisan2 yg dilukis oleh pelajar. hikhikhik macam2 rupa bentuk, corak-morak, warna-warni, dan kerenah aku jupe. Hari ni ada seorang pelajar datang lewat. teramat lewat tetapi disebabkan ats dasar perikemanusiaan dan budi bicara ketua pengawasku dia dibenarkan utk mengabil ujian tersebut.
Balik di rumah mama ku membuat kenduri doa selamat. aduhaiiiii sibuk sungguh la aku terkejar2 nk bersihkan dapur,buang kulit udang, potong sayur, kemas2 dan lagi dan lagi dan lagi huhuhuhu ni br ade ms aku curi sikit sebab semua orang sedang menikmati juadah...nasi beruyani gam wallaaaaa lapar perut aku nih....tapi apakan daya nasib x menyebelahi hukhukhuk ayam dah habis uwaaaaa sedih tol.....huhuhuhu tak ada rezeki. ok lah all. Aku nak jenguk2 kot2 lauk dah abis, air dah abis ke, pinggan dah abis ke....adessssssssssss banyak tol pinggan mangkuk aku kene pulun...malam ni dah tak larat sambung esok jelah ekkekekekkeke nanti mintak permission mama dulu.daaaaaaaaaaaaaaaaaa all.

Wednesday, November 26, 2008

Nescafe wahhhhh sedapnye

Zaman skarang ni, banyak penyakit datang dari pemakanan…...Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.Selepas hajat terlaks ana , pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya.
Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasati:
Kerap berdebar tidak menentu masa.
Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.
1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh
2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
6. Tapak tangannya.semakin basah.
Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang m ana kala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)
'Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:
1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)
2. Elakkan dari mengambil coffee mate ker ana ia adalah non dairy creamer
3. Elakkan makan ais krim ker ana mengandungi krimmer yang tinggi
4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.
5. Elakkan memakan sebarang mak ana n yang mengandungi margarine
6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya
7. Elakkan mandi selepas makan
8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda
10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
11.. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.
Sekian wassalam wallahuaqlam.

Komenku
Dalam beberapa minggu ini aku semakin prihatin untuk membaca setiap perkara berkenaan penyakit jantung. Harap sahabat yang membaca mendapat sedikit info. Jagalah kesihatan anda.

Tuesday, November 25, 2008

Sarapan Pagi Istimewa

Seorang lelaki terlihat papan tanda di dalam sebuah restaurant makanan segera yang bertulis “SARAPAN PAGI ISTIMEWA”, dan lelaki tersebut tertarik dan memasuki restaurant tersebut.Pelayan membawakan minuman dan bertanya kepada lelaki tersebut, apa yang akan dia pesan.
Lelaki tersebut bertanya dengan penuh rasa ingin tahu kepada pelayan tersebut “Apa SARAPAN PAGI ISTIMEWA hari ini?
“Lidah ayam bakar”, pelayan tersebut menjawab dengan nada bangga! “Lidah ayam bakar??Lelaki itu terkejut seraya berkata ! Tidakkah kamu tahu bahawa makanan itu sangat menjijikkan?Saya tidak akan sesekali makan apapun yang keluar dari mulut seekor ayam!” kata lelaki tersebut dengan nada sombong.

Kemudian pelayan tersebut bertanya “Kalau begitu encik mahu sarapan apa? Lelaki itu menjawap
“Bawakan saya telur rebus!” jawab lelaki tersebut.
“Itukan dari datang ‘bontot” ayam!” jawab pelayan tersebut dengan selamba.

Kerisauan Seorang Anak...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....salam perpaduan dan salam ikhlas penuh ukhwah.....Ini kali pertama aku entrikan something untuk blog ni....selama ni adik aku si Ira jek yg entrikan semua dan disebabkan arini dia berada di Ipoh, aku akan mengambil alih untuk mengupdate blog bidadari ni. Hari ni 25 hb Novemberi...hari gaji huhuhu itu tak penting yang penting arini dari awal pagi lagi aku dah bangun. Kami sekeluarga kecuali Ira menemankan mama ke Institut Jantung Negara (IJN). Ira dah maklumkan rasanya yang mama kami baru2 ini tidak berapa sihat. Selepas membuat ECG dan X-ray, aku meneman mama untuk berjumpa dengan doktor. Dr Chong namanya. Beliau memaklumkan bahawa berkemungkinan mama mengalami kesempitan saluran darah dan terus membuat temujanji pd hari Ahad ini (30 Nov) mama akan ditempatkan di wad. Pd hari Isnin(1 Dis) mama akan membuat endogram iaitu memasukkan kamera untuk melihat keadaan jantung nya. Aduhai sebagai seorang anak aku sangat risau dan lagi2 aku pd 1 Dis akan menjaga SPM. Hari terakhir aku mengawas. Aku doakan mama sihat dan cepat sembuh. Mama aku seorang yang kuat semangat.......huhuhu tak macam anak2 dia ahakzzz. ok setakat ini dulu. Lain kali aku entrikan pasal kerjayaku. Nantikan.....


belongs to nisa

Monday, November 24, 2008

Doa Buat Para Isteri Dan Bakal Isteri

Assalamualaikum..

Doa ini agak panjang tapi menarik.. mudah-mudahan, Allah memberi yangterbaik untuk anda.....para isteri dan bakal isteri...

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim!

Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat..Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas..Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal..Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan..Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista..Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu..Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan..

Ya Allah!

Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash..Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya..Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu..Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya. .Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untukku di JannahMu..Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya. .Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu..Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya. .Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu..Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya..

Tetapi Ya Allah!

Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang..Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu..Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaannya..Sekiranya suami ku menyintai kesesatan..Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena..

Ya Allah!

Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukkuau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan danketelanjurankuSekiranya aku tersilap berbuat keputusanBimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhaiSekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagaiisteriKau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMuSekiranya aku engkar dan derhakaBerikanlah aku petunjuk kearah rahmatMuYa Allah sesungguhnyaAku lemah tanpa petunjukMuAku buta tanpa bimbinganMuAku cacat tanpa hidayahMuAku hina tanpa RahmatMuYa AllahKuatkan hati dan semangatkuTabahkan aku menghadapi segala cubaanMuJadikanlah aku isteri yang disenangi suamiBukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMuBimbinglah aku menjadi isteri SolehaHanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapanKerana aku pasrah dengan dugaanMuKerana aku sedar hinanya akuKerana aku insan lemah yg kerap keliruKerana aku leka dengan keindahan duniamuKerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMuKerana pendek akal ku mengharungi ujianMuYa Allah Ya Tuhanku...Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmatiIsteri yang dikasihiIsteri yang solehahIsteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Tidur Sekatil Dengan Suami Orang..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pengajaran untuk kita semua..

Teman saya ini (katakanlah namanya Ema, 25 tahun) bekerja dengan satu perusahaan konsultan yang tidak terlalu besar sebagai assistant dansalah seorang partner pada perusahaan konsultan tersebut (Kita sebut saja namanya Andy).Ema sangat mengkagumi profil dan karakter Andy.Sebut saja semua hal yang baik, maka Andy memilikinya. Otak yang cemerlang, sikap yang profesional dan gentleman, penampilan yang selalu rapi and nice looking serta usia baru 34 tahun (waktu itu). Ema pula adalah seorang wanita yang memiliki segala yang diidamkan oleh seorang lelaki,bentuk tubuh yang sempurna, paras yang cantik, fikiran matang serta bijak, berpewatakan ceria & suka tersenyum. Disebabkan Ema selalu bertugas bersama Andy maka Ema akhirnya mulai menyayangi Andy lebih dari team partner & Ema membiarkan saja perasaannya kepada Andy tumbuh tanpa halangan. Semakin hari dia semakin jatuh hati kepada Andy.Andy bukannya tidak tahu akan hal itu tetapi sikapnya yang profesional di pejabat yang tidak membiarkan hal-hal pribadi mencampuri urusan pejabat membuat Ema semakin mengkagumi peribadi Andy.Suatu hari urusan pejabat membuat mereka berdua harus pergi kebeberapa lokasi di seluruh Negara. Inilah ceritanya. Untuk memudahkan pergerakan, mereka naik pesawat ke Penang dan menyewa kereta untuk melakukan perjalanan darat di sekitar B'worth , Perak,Kedah dan Perlis dalam rangka melakukan suatu survey khusus untuk kepentingan klien.Entah bagaimana silapnya mereka, pada waktu malam menginap di sebuah hotel kecil. Sebenarnya Andy ingin memesan 2 kamar tetapi kerana hanya ada 1 kamar maka dia meminta pendapat Ema. Kerana memang sudah sangat penat Ema setuju untuk sekamar dengan Andy (sebenarnya Ema agak "sedikitsenang" dengan kondisi darurat tersebut)!Kerana berasa panas, maka Andy membuka jendela kamar. Masalahnya, kamar tersbut hanya memiliki 1 ranjang berukuran panjang dan tidak memiliki kursi panjang. Tidak mungkin bagi Ema untuk meminta Andy tidur dilantai. Jadi akhirnya mereka tidur sekatil setelah Andy berjanji bahwa dia tidak akan melakukan hal yang bukan- bukan. Sebenarnya Ema tidak pernah tidur sekatil dengan seorang lelaki apatah lagi Andy adalah suami orang! Sebagai seorang wanita jantungnya berdebar sangat kencang kerana tidur seranjang dengan lelaki sopan yang sangat di admirekannnya. Kaki mereka beberapa kali saling bersentuhan kerana katilnya memang kecil.Setelah setengah jam, angin malam yang masuk melalui jendela membuat Ema merasa kedinginan sehingga dia memberanikan diri bertanya kepada Andy:"Abang Andy, Ema kesejukan nih. Boleh tak minta tolong jendelanya ditutup saja?"Andy tidak langsung menjawab dan Ema berpikir Andy sudah tertidur sehingga dia berkata lagi:"Abg Andy..."Kali ini Andy langsung menjawab:"Ema, kamu kesejukan ya? MAUKAH KAMU MALAM INI KAMU BERTINDAK SEPERTI ISTERI SAYA?"Jantung Ema terasa berhenti berdetik. Jantungnya langsung gemuruh mendengar pertanyaan Andy. Dengan hati-hati ia bertanya:"Maksud abg Andy?""Maksud saya, bolehkah Ema tolong tutupkan sendiri tingkap yang terbuka tu,seperti yang selalu dibuat oleh isteri saya dirumah?!"

wah, wah,wah...tekun baca nmpak... Tension kan . Boleh imagine muka semuaorang. Dah sekarangboleh balik buat kerja yang patut dibuat.Korang ni kalau bab2 macam ni tekun je korang baca.Tak delah ingat ke lain


KOMENKU :
aku pun tekun gak baca. hampess jek.

Ibu Larang Anak Pakai Tudung (JILBAB)

Assalamualaikum. ..

Kisah tentang larangan jilbab bagi anak muda dari seorang ibu.. Seorang pemuda baru sahaja pulang ke rumah. Ia sendirian di biliknya melepaskan lelah sambil menatap langit yang membiru.

Kesibukan menyelenggarakan ceramah keislaman di masjid betul2 meletihkan. Suasana hening dan damai di flat kediamannya kerana ramai penghuni masih belum balik dari kerja. Dari balik dinding sayup-sayup terdengar perbualan jirannya seorang Ibu tua dengan anaknya.


Anak :Ibu..
Ibu :Hmmm ?
Anak :BU !
Ibu :APA ?
Anak :Mmm, anu ... tadi saya ke masjid dengar ceramah.. Ibu dengarlah ni !
Ibu :IYA ! Ibu dengar. Cakap ajalah. Kan ibu tengah sibuk memasukkan benang ke jarum ni. Susah pulak rasanya.Agaknya mata ibu sudah nak rabun...
Anak :Bu !
Ibu :Apa dia ? cakap ajelah, Yang ?
Anak :Tadi, di masjid seorang ustaz bercerita soal jilbab. Katanya pakai jilbab itu wajib. Ibu, mulai sekarang saya mau pakai jilbab. Boleh tak Bu..?
Ibu :Jangan ...

Pemuda dari balik dinding makin menajamkan perhatian pendengarannya.

Anak :Tapi tu perintah Allah. Kalau tidak patuh kita berdosa, Bu.Boleh ya, saya mau pakai jilbab ?
Ibu : Kan ibu kata JANGAN ...
Anak :Tapi bu.. bukan lebih baik saya memakai jilbab kerana kerana kita orang Islam dan sudah tentu dapat menjaga maruah dan harga diri saya.. betul tak bu...? Bolehlah bu.. Ibu :TIDAK !
Anak :Kenapa ? Atau ibu terpengaruh sama cerita bohong pasal memakai jilbab? Kata Ustaz, jilbab itu bukan budaya Arab. Itu Syariat Islam. Islam yang sebenar bukan adat. Dari dulu memang diwaj ibkan demikian, bukan trend baru-baru ini aja.
Ibu :Iya, iya Ibu faham tu. Tapi ibu kata JANGAN !
Anak :Jadi Ibu melarang saya nih... Bu, mau tak mau saya tetap akan pakai jilbab. Terserah Ibu nak kata apa. Tak perlu taat pada orang tua, kalau orang tu a itu menyuruh maksiat pada perintah Allah.
Ibu :Kamu tak faham-faham lagi ke?. Ibu kata jangan, jangan, JANGAN !!!
Anak :WALAU APAPUN JADI BESOK SAYA TETAP PAKAI JILBAB. MUKTAMAD! Ibu :JANGAN !
Anak :JILBAB !
Ibu :JANGAN !
Anak :JILBAB !!
Ibu :J A N G A N !!!
Anak :J I L B A A A A A A B !!!!


Pemuda tadi sudah tidak dapat menahan keinginannya. Ia terus keluar bilik untuk bertemu ibu dan anak itu untuk membela si anak agar si ibu bersetuju dengan kemahuan si anak. Tangannya sudah terangkat di depan pi ntu untuk mengetuk ....namun terdengar lagi kata-kata dari si ibu ...


Ibu :KAMU NI BUDIN, IBU KATA JANGAN.. JANGANLAH! KAMU KAN LAKI-LAKI... ..

Pemuda, Si jiran sebelah pun berlalu ..dengan langkah yang longlai (hehehe, serius tul baca nampak...... ... ...... .......... ..aku pun terkena jugak

Sunday, November 23, 2008

Rumah Yang Paling Mahal!




Ini adalah rumah paling mahal didunia dan rumah pertama yang melebihi 1 milyar usd atau 9.2 trilliun rp. Ini rumah yang 550feet high, harganya 2milyar usd (19 trilliun rupiah). Ini dibangun di tengah tengah kota Mumbai , India , yang penuh kemiskinan. Nama pemilik adalah Mukesh Ambani.






Rumah ini under construction dan akan siap huni taun depan.Ini rumah cuma untuk ditinggalin 1 keluarga (suami, istri, 3 anak). Lantai 1 sampe 6 cuma buat parkir koleksi mobil doang.Setiap penghuni di rumah ini punya gym masing masing, 1 gym per orang.Ada bioskopnyaAda ballroom nyaAda banyak gardenetc etc Ni orang, Mukesh Ambani, kekayaanya rp 500 trilliun. Klo digabung istri dan anak, Rp 1000 trilliun lebih hartanya. Rp 1 zillion!!
KOMENKU :
alangkah bahagianya aku kalau dapat rumah sebesar ni. tapi apakan daya. hehehe. dapat anak tuan rumah pun jadilah. best tu kalau dapat duduk kat sini. agaknya kalau kat malaysia ada rumah sebesar ni, kalah dalam klcc tu. dengah hiasannya yang sungguh mewah tu. dengan lampu berjuntai. waaaaaaaa. bangga aku kalau ada orang malaysia yang boleh buat rumah macam ni.

Why Women Are So Special

PROUD TO BE WOWAN!!Mengapa WANITA sangat Istimewa......

> > Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...." Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap... susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh...ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kain lap je lah... tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

> > baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check...baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsema...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak..telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

> > ternampak pulak beg g keje...emm..besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

> > Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

> > masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang...pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni... nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu...

> > bukak almari...emmm...pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang... la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

> > dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk> ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh...pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

> > ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi....ok dah ...

> > ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

> > aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu> kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion> kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul> 9.30 ade meeting.. > ahh...boring...panas pulak lotion nih..dah> la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih> untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu> tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk> sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola> pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa> berkeruh...dah agak dah....

> > So?....apa yang peliknya..?? Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati>cepat tu... tapi apa2 pun jodoh maut di tangan tuhan.

> > Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah...setiap wanita adalah istimewa dengan cara mereka sendiri...

> > Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...



KOMENKU:
memang banyak keje bila da jadi isteri orang. banyak tanggungjawab. hehe. lagi2 isteri yang berkerjaya. kena pandai bahagi masa antara rumah, suami dengan kerjaya.

Amazing Elephant

mula melukis

baru buat dahan.

da start buat daun2 pulak

hampir siap

da siap da pun. waaaaaa. memang lawa.

first time aku nampak gajah pandai melukis. very amazing elephant!!

hasil lukisan daripada gajah tadi.
KOMENKU:
memang amazing gile. aku pun nak bela gajah cmni. bleh hias2 umah aku. muakakkakakaka

apa beza roti goreng dengan fried bun???

selamat datang and assalamualaikum.

hari ni aku nak tny sikit kat korang la. ape beza roti goreng dengan fried bun. aku rasa takde bezanya. tp adalah 1 kedai yang aku pegi ni. selalunya bila kitorg mintak roti goreng memang betul la dpt roti goreng tp ari jumaat aritu, aku pegi singgah kedai tu macam biasa. mintak roti goreng. korang tau mcm mana dia buat roti goreng tu? ada ke dia goreng balik roti canai yang diorang da buat tu. cuma perencah tambah sikit dengan sayur. adoiii aiii. bila kitorang ckp bukan yang tu, kita pulak kena marah balik. tak ke sengal namanya. ape la punya pelayan kedai tu. last2 nak xnak amik jugak la sebab nampak mcm menarik. benda baru, nak gak test kan. sepatutnya kalau nak ikutkan roti goreng yang lagi 1, dia goreng then ade bagi sos ngn mayonis. ahaks. pelayan tu cakap, kalau yang tu namanya fried bun. wakakakkakaka. gelak besar aku kat kedai tu. tu yang aku nak tau, ape bezanya roti goreng dengan fried bun. adulahai. memang lepas ni xde la amik order dengan pelayan tu. memang xfaham bahasa.

adoi, lagi sebulan je aku da nak final. risau pun ada. hope member2 yg jenguk blog ni, doakan kejayaan aku ye. buat student2 PUO, hope korang buat the best for this final. especially sem3. kalau korang kantoi paper nanti xdpt pegi LI plak. da kena extend sem. cerita pasal extend sem. ayat yang paling takut student dengar. aku pun takut gak. adess. sape nak extend sem. lama lagi kena blaja wooo. kang x pasal2 lambat nak sambung study plak. da berumur nanti kalau mind elok lagi, bleh la blaja. kalau dah low, kan susah. aku ni pun, subjek law je la yang aku x boleh bawak. lain semua alhamdulillah. berangan2 jugak la nak jadi akauntan yang berjaya di dunia. wakakakkaka. jangan terkejut bila satu hari nanti nama aku naik jadi menteri kewangan pulak eh. ni angan2 je la dulu.

cerita pasal pelayan td, aku rasa dia memang patut pegi sekolah balik la. belajar bahasa melayu ngn bahasa inggeris. bila pikir2 balik, geram betul. nasib baik la, darah aku masih bleh kontrol lagi time tu. yang angin time tu, along aku la. tensen je dia. mintak lain dapat lain. tapi abis jugak tu. kebulur punya pasal.

ok la. mata aku pun da layan stim ni. ngantoks bangat sih. jumpa lagi di lain waktu dan masa andai ku panjang umur di esok hari. papaiiii

Saturday, November 22, 2008

First Blog

it's me. time kat melaka ada match volleyball.


my sis kakngah n my big younger sister mimi.. muekekekke. jgn marah haaaa


along yang kononnya ayu. muakakakka. raya taun dpn bleh mintk maap lagi. ekekekke.


mama ngn ayah. mesra betul. suka aku dpt parents mcm ni.

huahuahua.. first time aku berblog. untuk pengetahuan blog ni baru saja di bina oleh aku sendiri. tp blog nie aku share gak ngn kakak aku untuk dia luahkan apa2 yang boleh diluahkan. hehehe

sebenarnya, pada perancangan awal mmg nak buat blog sorang2 tp mcm xbest la plak kan. sbb aku pun bz. mungkin bila aku xde masa nak update nanti kakak aku boleh tolong update kan.

untuk along, jalankan tugasmu untuk update blog ni ye. ahaks. x best la kan, ada blog tp x update tiap2 hari. tp kalau kami xde masa tu harap maafkan ye.

untuk pertama kalinya aku nak cite sikit la pasal family aku ni. apa2 pun family aku ada gak bg dorongan supaya buat blog. hehehe. mereka pun boleh share gak. adoii. ayah aku sentiasa sibuk cari rezeki utk sara kami. mama aku plak keje. haa, pasal mama aku ni. dia da 2 kali masuk hospital. adess. first time mama msk hospital masa tu aku ada kat ipoh lagi. ntah kenapa ptg tu aku terdetik nak kol mama. mmg sharp2 la aku kol kul 4stgh sbb aku tau dia da balik waktu tu. time kol tu mmg aku dgr sunyi sgt kat belakang. pelik gak aku. bila tny, dia kata ada kat umah cuti setengah hari. aku pun percayala. bila da borak lama sikit, baru dia bgtau yang dia ada di hospital. mau x terkejut aku. terus aku rasa sebak. risau pun ada. dia suh kol along aku tny knapa sbb bila aku tny dia, dia xnak jwb. lepas tu mmg aku terus kol along aku. geram pun ada gak sebab x bgtau aku yang mama masuk hospital. otak aku da xleh nk pk apa da. pikir nak balik je time tu. last2 esok pg aku tukar tiket balik awal. terpaksa la ponteng kelas. rupa2nya mama kena first attack jantung. family aku memang ada keturunan daripada arwah atok aku lagi. risau aku di buatnya. lepas tu mama da boleh kluar ari ahad. masuk ari khamis, kluar ari ahad.

aku pun mcm biasa la balik ipoh. ari rabu aku saja kol along aku. dgr sunyi je. dia ckp dia jaga pekse. xpe la aku percaya sbb mmg dia kena jaga pekse SPM pun. skali dia tny aku macam2. tny aku bila balik. bila paper start. bila itu bila ini. pelik 2. mulanya aku ingt dia ada perancangan nak bawak aku g memane ke. hehe. nak berjalan je keje aku. rupa2nya, kejap tu dia bgtau mama masuk hospital balik. adoii. tp dia ckp mama xde ape. xde la risau sgt. bila dpt dgr sore mama ok je, alhamdulillah la hati aku lega sikit. ari jumaat aku balik dr ipoh, ari jumaat tu gak la mama kluar hospital. huhu. mau x risau, mama tu beb. yang besarkan kita, yang mengandungkan kita 9 bulan 10 hari. kalau apa2 jadi mau xleh hidup aku. walaupun aku slalu melawan ckp dia, xnak dgr ckp dia, aku still mendoakan agar mama sentiasa sihat. keluarga aku sihat. aku sanggup tukarkan nyawa aku walau apa cara sekalipun. adoii.

pasal adik beradik aku plak. aku ada 4 orang adik beradik. semua pompuan. hehehe. umah aku ni xde hero. ayah aku sorang je la hero. walaupun kami adik beradik selalu bergaduh tp rasanya 2 adat. lumrah adik beradik. kalau bergaduh tu, kejap je da baik balik. biasa la tu kan. ahaks. yg first along aku. dia da keje da. keje biasa2 je. second kakngah. kakngah ni dia istimewa. xboleh dengar xboleh cakap. so, kitorang adik beradik berinteraksi gunakan sign language. bahasa isyarat tangan la. hehehe. tp kesian kat dia la sekarang ni. orang yang nak amik berkerja ni smua pandang pada kesempurnaan padahal manusia ni xsemuanya sempurna. mereka kata nanti susah nak berinteraksi. apa salahnya. kakngah aku ni bukan x pandai mengeja bukan x pandai menulis. mereka boleh menulis apa utk bg arahan kat kakngah aku. 2 la alasan majikan sekarang. aku pun xfaham. last2 kakngah aku buat bisnes sendiri. third aku. aku still study lagi. kat ipoh. ipoh mali ipoh ipoh mali. ahaks. ade lagu 2. jangan memain. aku amik akaun. minat sangat bab2 akaun ni. aku suka bermain dengan nombor. yang akhir skali adik aku. form 5 tahun ni. tgh amik SPM. harap2 dia berjaya dalam SPM dia nanti. aku hanya boleh doakan kejayaan dia. hanya ni la cerita keluarga aku. hehehe

rasanya aku nak cite pasal family aku je utk pertama kali ni. apa2 pun thanx pada choqchodoch sebab sudi ajar aku nak buat blog ni walaupun simple tp aku rasa best sangat. choqchodoch ni member kelas aku kat ipoh. ehehehe. thanx shin shan. apa2 nanti aku mintak tolong ko lagi la eh.

untuk pengunjung blog aku ni. thank you very much. this only simple blog. maklum la. first time berblog. lain kali aku update kan lagi. aku akan modified aku punya blog ni lagi bila aku free.

ok all. daaaa.. mmmuuuuuuuuuaaaaaaaxxxxxxxxxxxxxx all.