Monday, November 24, 2008

Doa Buat Para Isteri Dan Bakal Isteri

Assalamualaikum..

Doa ini agak panjang tapi menarik.. mudah-mudahan, Allah memberi yangterbaik untuk anda.....para isteri dan bakal isteri...

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim!

Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat..Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas..Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal..Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan..Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista..Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu..Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan..

Ya Allah!

Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash..Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya..Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu..Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya. .Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untukku di JannahMu..Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya. .Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu..Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya. .Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu..Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya..

Tetapi Ya Allah!

Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang..Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu..Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaannya..Sekiranya suami ku menyintai kesesatan..Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena..

Ya Allah!

Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukkuau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan danketelanjurankuSekiranya aku tersilap berbuat keputusanBimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhaiSekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagaiisteriKau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMuSekiranya aku engkar dan derhakaBerikanlah aku petunjuk kearah rahmatMuYa Allah sesungguhnyaAku lemah tanpa petunjukMuAku buta tanpa bimbinganMuAku cacat tanpa hidayahMuAku hina tanpa RahmatMuYa AllahKuatkan hati dan semangatkuTabahkan aku menghadapi segala cubaanMuJadikanlah aku isteri yang disenangi suamiBukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMuBimbinglah aku menjadi isteri SolehaHanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapanKerana aku pasrah dengan dugaanMuKerana aku sedar hinanya akuKerana aku insan lemah yg kerap keliruKerana aku leka dengan keindahan duniamuKerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMuKerana pendek akal ku mengharungi ujianMuYa Allah Ya Tuhanku...Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmatiIsteri yang dikasihiIsteri yang solehahIsteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

No comments:

Post a Comment