Friday, November 28, 2008

KONFLIK SI SUAMI DAN SI ISTERI

KONFLIK SUAMI DAN ISTERI

Rumahtangga Minah dan Wahid selalu mengalami krisis. Tidak kira siang atau
malam, mereka akan bertengkar. Setiap pertengkaran pastinya menggangu jiran
tetangga.

"Kalau aku mati, aku akan menjadi hantu dan mengorek tanah di depanku untuk
keluar mencekik engkau," terdengar pekikan si Wahid. Jiran yang mendengar
terkejut besar dengan ugutan si Wahid terhadap isterinya kerana diketahui
Wahid mempunyai ilmu hitam yang sangat luar biasanya.

Beberapa hari berlalu. Wahid ditemui mati akibat mangsa langgar lari.
Walaupun benci, tetapi sebagai isteri Minah tetap menguruskan pengebumian
suaminya dengan baik. Seminggu selepas itu, jiran tetangga amat kehairanan
melihat Minah yang langsung tidak merasa takut dengan ugutan suaminya
dahulu.

"Engkau tidak takut dengan sumpah suami kau dulu?" tanya jirannya.
"Tidak!" jawab Minah.
"Biarkan saja dia mengorek tanah. Aku dah tanam dia mengadap kebawah!"

No comments:

Post a Comment