Tuesday, November 25, 2008

Kerisauan Seorang Anak...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....salam perpaduan dan salam ikhlas penuh ukhwah.....Ini kali pertama aku entrikan something untuk blog ni....selama ni adik aku si Ira jek yg entrikan semua dan disebabkan arini dia berada di Ipoh, aku akan mengambil alih untuk mengupdate blog bidadari ni. Hari ni 25 hb Novemberi...hari gaji huhuhu itu tak penting yang penting arini dari awal pagi lagi aku dah bangun. Kami sekeluarga kecuali Ira menemankan mama ke Institut Jantung Negara (IJN). Ira dah maklumkan rasanya yang mama kami baru2 ini tidak berapa sihat. Selepas membuat ECG dan X-ray, aku meneman mama untuk berjumpa dengan doktor. Dr Chong namanya. Beliau memaklumkan bahawa berkemungkinan mama mengalami kesempitan saluran darah dan terus membuat temujanji pd hari Ahad ini (30 Nov) mama akan ditempatkan di wad. Pd hari Isnin(1 Dis) mama akan membuat endogram iaitu memasukkan kamera untuk melihat keadaan jantung nya. Aduhai sebagai seorang anak aku sangat risau dan lagi2 aku pd 1 Dis akan menjaga SPM. Hari terakhir aku mengawas. Aku doakan mama sihat dan cepat sembuh. Mama aku seorang yang kuat semangat.......huhuhu tak macam anak2 dia ahakzzz. ok setakat ini dulu. Lain kali aku entrikan pasal kerjayaku. Nantikan.....


belongs to nisa

No comments:

Post a Comment