Saturday, November 22, 2008

First Blog

it's me. time kat melaka ada match volleyball.


my sis kakngah n my big younger sister mimi.. muekekekke. jgn marah haaaa


along yang kononnya ayu. muakakakka. raya taun dpn bleh mintk maap lagi. ekekekke.


mama ngn ayah. mesra betul. suka aku dpt parents mcm ni.

huahuahua.. first time aku berblog. untuk pengetahuan blog ni baru saja di bina oleh aku sendiri. tp blog nie aku share gak ngn kakak aku untuk dia luahkan apa2 yang boleh diluahkan. hehehe

sebenarnya, pada perancangan awal mmg nak buat blog sorang2 tp mcm xbest la plak kan. sbb aku pun bz. mungkin bila aku xde masa nak update nanti kakak aku boleh tolong update kan.

untuk along, jalankan tugasmu untuk update blog ni ye. ahaks. x best la kan, ada blog tp x update tiap2 hari. tp kalau kami xde masa tu harap maafkan ye.

untuk pertama kalinya aku nak cite sikit la pasal family aku ni. apa2 pun family aku ada gak bg dorongan supaya buat blog. hehehe. mereka pun boleh share gak. adoii. ayah aku sentiasa sibuk cari rezeki utk sara kami. mama aku plak keje. haa, pasal mama aku ni. dia da 2 kali masuk hospital. adess. first time mama msk hospital masa tu aku ada kat ipoh lagi. ntah kenapa ptg tu aku terdetik nak kol mama. mmg sharp2 la aku kol kul 4stgh sbb aku tau dia da balik waktu tu. time kol tu mmg aku dgr sunyi sgt kat belakang. pelik gak aku. bila tny, dia kata ada kat umah cuti setengah hari. aku pun percayala. bila da borak lama sikit, baru dia bgtau yang dia ada di hospital. mau x terkejut aku. terus aku rasa sebak. risau pun ada. dia suh kol along aku tny knapa sbb bila aku tny dia, dia xnak jwb. lepas tu mmg aku terus kol along aku. geram pun ada gak sebab x bgtau aku yang mama masuk hospital. otak aku da xleh nk pk apa da. pikir nak balik je time tu. last2 esok pg aku tukar tiket balik awal. terpaksa la ponteng kelas. rupa2nya mama kena first attack jantung. family aku memang ada keturunan daripada arwah atok aku lagi. risau aku di buatnya. lepas tu mama da boleh kluar ari ahad. masuk ari khamis, kluar ari ahad.

aku pun mcm biasa la balik ipoh. ari rabu aku saja kol along aku. dgr sunyi je. dia ckp dia jaga pekse. xpe la aku percaya sbb mmg dia kena jaga pekse SPM pun. skali dia tny aku macam2. tny aku bila balik. bila paper start. bila itu bila ini. pelik 2. mulanya aku ingt dia ada perancangan nak bawak aku g memane ke. hehe. nak berjalan je keje aku. rupa2nya, kejap tu dia bgtau mama masuk hospital balik. adoii. tp dia ckp mama xde ape. xde la risau sgt. bila dpt dgr sore mama ok je, alhamdulillah la hati aku lega sikit. ari jumaat aku balik dr ipoh, ari jumaat tu gak la mama kluar hospital. huhu. mau x risau, mama tu beb. yang besarkan kita, yang mengandungkan kita 9 bulan 10 hari. kalau apa2 jadi mau xleh hidup aku. walaupun aku slalu melawan ckp dia, xnak dgr ckp dia, aku still mendoakan agar mama sentiasa sihat. keluarga aku sihat. aku sanggup tukarkan nyawa aku walau apa cara sekalipun. adoii.

pasal adik beradik aku plak. aku ada 4 orang adik beradik. semua pompuan. hehehe. umah aku ni xde hero. ayah aku sorang je la hero. walaupun kami adik beradik selalu bergaduh tp rasanya 2 adat. lumrah adik beradik. kalau bergaduh tu, kejap je da baik balik. biasa la tu kan. ahaks. yg first along aku. dia da keje da. keje biasa2 je. second kakngah. kakngah ni dia istimewa. xboleh dengar xboleh cakap. so, kitorang adik beradik berinteraksi gunakan sign language. bahasa isyarat tangan la. hehehe. tp kesian kat dia la sekarang ni. orang yang nak amik berkerja ni smua pandang pada kesempurnaan padahal manusia ni xsemuanya sempurna. mereka kata nanti susah nak berinteraksi. apa salahnya. kakngah aku ni bukan x pandai mengeja bukan x pandai menulis. mereka boleh menulis apa utk bg arahan kat kakngah aku. 2 la alasan majikan sekarang. aku pun xfaham. last2 kakngah aku buat bisnes sendiri. third aku. aku still study lagi. kat ipoh. ipoh mali ipoh ipoh mali. ahaks. ade lagu 2. jangan memain. aku amik akaun. minat sangat bab2 akaun ni. aku suka bermain dengan nombor. yang akhir skali adik aku. form 5 tahun ni. tgh amik SPM. harap2 dia berjaya dalam SPM dia nanti. aku hanya boleh doakan kejayaan dia. hanya ni la cerita keluarga aku. hehehe

rasanya aku nak cite pasal family aku je utk pertama kali ni. apa2 pun thanx pada choqchodoch sebab sudi ajar aku nak buat blog ni walaupun simple tp aku rasa best sangat. choqchodoch ni member kelas aku kat ipoh. ehehehe. thanx shin shan. apa2 nanti aku mintak tolong ko lagi la eh.

untuk pengunjung blog aku ni. thank you very much. this only simple blog. maklum la. first time berblog. lain kali aku update kan lagi. aku akan modified aku punya blog ni lagi bila aku free.

ok all. daaaa.. mmmuuuuuuuuuaaaaaaaxxxxxxxxxxxxxx all.

No comments:

Post a Comment