Friday, March 6, 2009

Aku Kembali - Part 1


Assalamualaikum n Salam Sejahtera buat pembaca2 blog aku yg x seberapa ni.

Petang yang dingin di hari Jumaat ini mengerakkan hati aku untuk mengaktifkan semula aku berblog dan mengizinkan jari ini menekan keyboard semula. Alhamdulillah dan aku masih bersyukur kepada mu Ya Allah kerana mengizinkan aku berada lagi di atas muka bumi ni. Walaupun aku tau bahawa x mustahil 1 hari nnt Kau akan mengambil nyawaku dan menjauhkan aku dr insan2 yg aku sayang.

Sebelum itu smua brlaku ingin aku luahkan sesuatu yg mungkin aku dapat hanya seketika iaitu kebahagiaan. Beberapa hari lepas ade aku ternampak dlm page salah seorang member merangkap abg aku bahawa adakah kegembiraan tu akan wujud utk selama2nya?? Hmm. Bagi aku benda tu akan wujud bila kita ada keserasian dan aku telah nyatakan di page die. Keserasian tu plak akan wujud bile kita faham antara satu sama lain x kira samada dengan kawan kita, abg2 kita, kakak2 kita mahupun saudara2 kita yg lain. Dan bila adenye persefahaman barulah kebahagiaan itu akan wujud. Benda tu semua memang kita x boleh nak jangka sebab tu semua ketentuan Illahi. Die telah menentukan mana yang terbaik buat kita. Tp x mustahil bahawa kita boleh berusaha untuk mencari kebahagiaan itu kan..kan..

Adulahaii. Apa yang nak aku luahkan ialah aku dah pun jmp kebahagiaan yg aku cr selama ni dan terus terang aku katakan aku memang takut. Takut apabila 1 hari nnt aku akan hilang kebahagiaan yg aku dapat tu. Selain drpd family aku sendri, die salah sorang yg bleh happykan aku. Tp aku tau, ade batasnye. Dan aku tau gak, die x bleh nk bg lebih ape yg die bg pd aku skrg. Yg tu smua aku faham tu pasal aku nyatakan disini yg aku cukup takut bile kebahagiaan yg aku kecapi ni akan pergi buat selama2 nya. Aku xtau kenapa die je yg aku rasa bleh bahagiakan aku. Even as his younger sister.

Apa yg main kat fikiran aku sekarang ni adakah orang lain yg bleh bahagiakan n happykan aku mcm mane yg die bg kat aku. Die?? Biarlah rahsia. Aku akan bercerita hanya membahasakan diri die hanyalah die. Muehehhehe. Pernah 1 ketika aku cuba utk mencari kebahagiaan yg lain, tp tu smua x menjadi. Aku x serasi. Mungkin sekadar kawan utk bergelak ketawa. Tp dengan die aku rasa aku x de perasaan malu untuk bercerita apa saje walaupun aku tau yg die x suke aku ni sentimental (mesti paham pny ni). Wahahaha. Bukan sentimental setiap masa tp hanya ketika diri ni terlalu sunyi. Adeh la. Mungkin ni x sepatutnya berlaku pada aku. Biar aku hanya jd diri aku. Tp apakan daya, aku da berusaha. Jika tu da tertulis utk aku walaupun aku da berusaha, aku nk ngelak cmne lg. Mmg tu takdir. Hanya dpt kebahagiaan dr die seorang walaupun hny sekadar abg n adik.

Memang aku x nafikan pernah ade org cube utk bg aku kebahagiaan n kegembiraan, tp aku x boleh nk trima. Bukan aku nk ngelak ataupun terlalu memilih. Dan ade orang kata belum cuba blom tau. Tp aku hny ikut gerak hati. Apa yg aku kata xnak, x mungkin akan berlaku. Dan ade gak org ckp mulut kata xnak tp hati xde sape yg tau. Mende tu mmg btol. Tp jnis aku bile aku kata xnak, xnak lah conclusionnye. Bukan senang aku nk melupakan seseorang yg aku da sayang. Dan bukan senang juga aku nk trima yg lain. Aku tau aku perlu cr yg lain sbb aku ni hny menumpang, tp... Hmm ntahlah. Hanya hati dan perasaan ni je yg tau ape yg aku rasa. Hanya Allah saja yg memahami insan yg Dia ciptakan di atas muka bumi ini. Hanya insan yg lemah lg hina. Iaitu aku!

Aku yg diciptakan untuk menumpang di muka bumi ini hny seketika. Seketika untuk menikmati smuanya. Seketika untuk melihat bumi yg indah dengan ciptaanNya. Seketika dengan org yg tersayang. Seketika dengan segala2nya. Aduhaii. Ok lah, aku ingin mengundurkan diri terlebih dahulu. Akan aku ceritakan selanjutnye di kemudian hari jika aku diizinkan lg utk menulis, utk menghadap blog aku yg x seberapa ni.
Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment