Thursday, March 12, 2009

Semut ohhh Semut!!

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,

Actually aku pun baru je sampai umah dlm kul 7setengah td. Sampai2 je trus bukak laptop then p menyegarkan diri utk berblog. Kejap lg ni gol MU la. Wahahaha adoi.

Sebenarnye kat sini aku ade 1 crite yg nak di kongsikan. Memandangkan baru2 ni aku ade jenguk 1 blog yg menceritakan tentang isteri sengau. Walla. Mane bleh kalau nmpk sengau tu pd perempuan je. Laki pun ade yg sengau gak ape. Ape pun jom bace crite kat bwh. Crite ni hny rekaan semata2 tidak ade kene mngene dgn yg hidup mahupun yg berada di bulan mahupun yg berada bwh katil ataupun di mana2 saje. :P

Ok lah. Cerita bermula apa bila ada sepasang suami isteri yg baru sahaja berumah tangga. Si isteri bernama Limah atau nama manjanya, Mah. Manakala si suami benama Seman. Mereka berkahwin atas dasar pilihan keluarga dan tinggal di kawasan perkampungan. Walaupun Seman ni sengau, Mah tak kisah malah mereka sangat bahagia dan tiada sebarang masalah yg terlalu besar sama ada dr segi komunikasi, nafkah zahir ataupun batin. Cuma ada kalanya, Mah tak dapat nak faham apa yg suaminya cuba sampaikan @ bagitahu.

Pada 1 malam jumaat, mereka berdua setuju utk membuka 'kaunter pembayaran nafkah batin'. Kali ni Seman nmpk letih sikit disebabkan baru balik dr kerja menoreh getah sampai 10ekar. Maka Seman tidak mahu berkerja keras utk sesi tersebut dan die mengambil keputusan utk berperanan sbg 'org bawahan' sahaja. Setelah tiba waktu yg sesuai, bermula sesi 'pembukaan kaunter'.

Nak dijadikan cerita, dlm masa urusan tersebut, seekor semut api tlh jatuh dr siling ke atas katil dan merayap sehingga terjumpa dgn 'batu lembut'. Oleh kerana pd masa sama semut itu mendapati bahawa akan berlaku gegaran, maka dengan sekuat hati semut itu mempertahankan diri dgn penyepitnye sekuat hati.

Seman yg dr td mnyatakan prasaannya 'hedap.. hedap' tiba2 terkejut dgn kehadiran semut yg die tak tau dr mana dtgnya dan merasa sakit lalu menjerit 'haduh mah. hemut.. hemut. hemut', kata Seman.

Limah menjawab 'dah kemut ni bang'

'hemut.. hemut.. hemut higit' laung si Seman yg cuba menamatkan kaunter pembayaran tersebut tp dihalang oleh Limah.

Mah yg rimas dgn bising si Seman menjawab 'dah habis kuat dan gigit da ni bang. nak mcm mana lagi?' sambil membuka lg kaunter pembayaran.

'haduhh Mah. Hemut.. Hemut'

'Dah habis kemut ni bang. Apa la abg ni'

Seman yg dah tak tau mcm mana nk terangkan kat Mah td, meminta utk tutup kaunter tp Mah yg tak suka dgn gangguan tersebut tetap meneruskan. Limah makin laju membuat kira2 utk menutup kaunter. Seman dgn keadaan terkulat2 terpaksa memberi bayaran ant sedap dan sakit. Si Semut ni td yg merasakan gegaran makin laju, maka dgn kuat lagi lah si semut td mempertahankan diri.

'haduh mah. hakit.. hedap.. hakit.. hedap.. hemut hakin huat mah. haduhhh' menjerit si Seman lg tp kali ni di pedulikan oleh Mah. Mah yg rasa dah tiba waktu utk tutup, makin kuat gegaran yg akan berlaku maka dgn itu makin kuat jugak lah serangan semut ni td.

Si Seman yg dlm keadaan sebegitu menjerit lagi.. 'hedap.. hedap..' tp apabila semut tu menguatkan lg penyepitnye 'haduhhh hakit.. hakit hemut higit'. Begitulah nasib Seman yg taktau macam mana lg hendak memberitahu isterinya bahawa ada semut.

Bila kaunter dah tutup, Seman dgn cepat2 ambik lampu suluh dan suluh kat tempat kne gigit td.
'tu hemut. tak hampak he?'

'apa ni bang. kan da sudah. janganlah nak menggatal lagi'

'hemang haku hengah hatal. hi haaa hemut' Seman amik semut tersebut lalu di tunjuknya pada Mah. Die dah buntu mcm mana lg nk diterangkan pada Limah.

'Laaa. Semut. Ingatkan apa td. patut lah meracau tak tentu pasal. selalunya tak macam ni. isk isk isk. semut ohhh semut. kenapalah kau jadi begini' kata Limah lalu membuang semut td sambil ketawa.

Muekekekek. Tamatlah sebuah crite tentang si Limah dengan si Seman. Adulahaii. Mcm yg aku katakan td. Crite ni hny hiburan. Xde kene mngene dgn sesiape mahupun menyindir sesiapa. Kalau ade yg terasa hati aku mohon maaf dunia dan akhirat. Dan kalau anda di jodohkan dengan org yg sengau, jgn lah anda menolak. Sesungguhnya org yg sengau itu juga adalah makhlukNya. Siapa tau ada hikmah di sebalik semua apa yang berlaku. =)) ~~The End~~

4 comments:

  1. wahahahaha lahahau nyer iha.. ih ih... nahib bahik hemut tu hihit lahi.. kalau hia hihit pomphuan.. mahu behor hiji nyer... wahahahahaha amponss

    ReplyDelete
  2. wahahhaha. hampesss. sengau lak dah abg ira sorg ni. muekekekke. 1 patah haram xpaham :P

    ReplyDelete
  3. hahahaha..
    iha2..
    hape har iha..
    terhelak2 bahe blog iha..
    abg hepul hatal eh..?

    huahuahuahuahua...
    :p

    ReplyDelete
  4. wahahhaha adeh la. da smua sengau selepas mmbace artikel ni ke? muekekek. abg epul mmg cmtu. da phm da. hny org yg phm je bleh memahami ape yg dimaksudkan tu. :P

    ReplyDelete